Jakim: Kerjasama pelbagai agensi perlu ditingkat bagi jamin keselamatan produk halal

Kongsikan kepada yang lain
Share

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melihat terdapat keperluan meningkatkan usaha libat urus dalam jaminan keselamatan makanan halal, sejajar dengan permintaan produk halal yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa. 

Menurut Pengarah Kanan bahagian penyelidikan Jakim Dr Sirajuddin Suhaimee, meskipun terdapat kerjasama daripada beberapa agensi dan kementerian yang terlibat, dia berpendapat dasar sedia ada juga perlu dirombak sedikit sebanyak. 

“Saya tak nafikan banyak perkara yang perlu dibuat. 

“Mungkin merombak sedikit sebanyak dasar sedia ada, memudahkan tanpa mengenepikan integriti, melancarkan proses dan juga komitmen pihak industri agar lebih ke hadapan dalam mengeluarkan produk,” katanya dalam siaran langsung di Facebook mengenai ’Sekuriti Rantaian Makanan Halal’ anjuran Kini Halal baru-baru ini.

Katanya, antara yang bekerjasama dengan Jakim merupakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang membantu memudahkan proses pengeluaran produk menggunakan sains dan teknologi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 

Mengulas lanjut, Sirajuddin menjelaskan rungutan ramai pihak berhubung permohonan pensijilan bagi produk halal. Antaranya merupakan sukar untuk diperolehi, kos yang mahal dan memakan tempoh masa yang panjang untuk dikeluarkan. 

Menurutnya, kini melalui teknologi yang lebih canggih, agensi tersebut mampu memperbaiki kecekapan proses tersebut. 

“Jadi semua telah dilaksankan oleh pihak Jakim. Beberapa inovasi yang telah kita laksanakan.

“Pertama kalau payah nak dapat kerana industri sendiri tak bersedia dan memahami keperluan untuk keluarkan produk halal. 

“Oleh kerana itu, banyak promosi yang kita buat. Banyak juga yang memudahkan dan melengkapkan skema persijilan itu,” katanya. 

Melalui beberapa peranan dari Jakim seperti jawatakuasa dalaman halal, sistem pengurusan Malaysia dan juruaudit daripada agensi tersebut, ia memudahkan pensijilan yang lebih cepat. 

“Ini kita dah keluarkan sijil kurang daripada 30 hari. Malah kita dah ada banyak rekod yang kita keluarkan dalam tempoh 14 hari,” katanya. 

Katanya, kerjasama berkumpulan itu merupakan proses yang berterusan antara agensi-agensi kerajaan dan golongan usahawan. 

“Mereka (agensi kerajaan) ada dana macam mana nak bangunkan usahawan, kita (Jakim) ada ilmu macam mana nak bangunkan usahawan dengan ilmu yang kita ada. 

“Kombinasi ini InsyaAllah akan dapat meramaikan lagi bukan sahaja usahawan dalam bentuk industri, malah dalam bentuk koperasi,” katanya.

Link asal: https://www.malaysiakini.com/news/539973

boleh tonton video di link di atas.

AM: Moga semua golongan dalam masyarakat Islam diberi kesedaran pentingnya kehalalan dalam setiap perkara.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *