NOSTALGIA PERTAMA (Asal-usul Tuan Pfordten)

Kongsikan kepada yang lain
Share

2.

NOSTALGIA PERTAMA
(Asal-usul Tuan Pfordten)

Tuan Pfordten dilahirkan di Betavia (Betawi) yakni Jakarta sekarang ini pada 23/11/1886.

Ayah beliau Fredrick Pfordten lahir di pulau Malta, sebuah pulau di selatan semenanjung Italy,di laut Mediteterranean pada tahun 1847. Berpindah ke England dan berkahawin dengan seorang wanita Inggeris bernama Augusta Pell dari Dover, England.

Ayah kepada Fredrick Pfordten ini bernama Vonder Pfordten seorang berbangsa German dari wilayah Bavaria, lahir pada tahun 1811. Beliau berhijrah melarikan diri dari Germany ke Pulau Malta ketika tercetusnya revolusi menggulingkan pemerinthan beraja dizaman Bismark dimana seluruh keluarga Pfordten ini dibunuh. Motif pembunuhan ini ada lah kerana keluarga Pfordten ini dari golongan diraja. Mengikut apa yang di rakamkan didalam Webster’s Biographicl Dictionary m.s. 1174 Vonder Pfordten ini adalah salah seorang pembesar dinegara German:

“Pford’ten (p’for’ten), Baron Ludwig Von’der. 1811-1880. Bavarian jurist and statesman; proffesor, Wurzburg (1834); councilor, court of appeal, Aschaffenburg (1841); premier of Bavaria (1849-59, 1864-66).”

Yang bermakna, beliau Bergelar dato’. Seorang hakim dan wakil parleman, proffesor, Wurzburg (1834); councilor mahkamah rayuan, Aschaffenburg (1841); ketua menteri Bavaria (1849-59, 1864- 66). Beliau berkahwin dengan Matilda Dreossy seorang bangsa Austria berkerakyatan Italy dan mendapat lima orang anak: Fredrick, charles, Rupert, Elezebeth dan Nelly.

Ayah kepada tuan Pfordten yakni Fredrick berkelana ketimur ini sebagai seorang pegawai Syarikat Telikom yang pada ketika itu terkenal sebagai “Seacom” kerana mengguna kan talian cabel yang ditenggelamkan kedasar laut. Beliau telah berkhidmat di Pulau Cocos, Pulau Jawa, Hongkong, Maccau, Shanghai dan Singapura. Beliau mendapat enam orang anak: Blanche, Ben, Lily, Arthur Reginald (tuan Pfordten), Charles Herbert dan Gladys.

Tuan Pfordten bersekolah di beberapa tempat: di England, di Pulau Malta dan di Germany dan menamat kan persekolahan nya di collage Telecom, England kemudian berkelana ketimur mengikut jejak ayahnya berkhidmat sebagai seorang qualified seacom operator bermula diHong Kong pada tahun 1904. Ketika berkhidmat di Hong Kong tuan Pfordten telah di serang demam malaria dan cuaca yang amat panas di Hong Kong memburukkan lagi keadaannya dan doktor yang merawatnya mengesyorkan kepada company supaya memindahkannya ke sebuah tempat diShanghai. Di Shanghai udaranya sungguh nyaman. Kisah tuan Pfordten bertugas sebagai operator ini akan dapat kita baca terkandung dalam nota tulisan tangan tuan Pfordten yang ada dalam simpanan anak perempuannya Fatimah.

Diusia empat puluhan tuan Pfordten berhenti dari Seacom dan bekerja sebagai pengurus ladang getah. Pernah berkhidmat di Lunas Estate, Kulim dan bersahabat dengan Tengku Mat Jiwa, abang kepada tengku Abdul Rahman yang ketika itu menjadi DO (Pegawai Daerah) Kulim. Tengku Mat Jiwa pernah datang ke rumah kami di San Johan Cottage, Brinchang, Cameron Highands bersama isterinya Cik Ajlis. Dan kami pernah berkenalan dengan seorang anak perempuannya Tengku Aliah yang berkhidmat sebagai Pegawai Kebajikan di Hospital Ipoh.

Kemudian tuan Pfordten berpindah ke Trong Estate, Taiping. Di Taiping tuan Pfordten telah membuat rekod kerja cemerlang, iaitu menyelamatkan industry Getah yang jatuh merudum pada ketika itu. Dia berakan kongsi dengan Pakngah Hussin suami makngah Sayah, adik mak Jam ibu kami. Pada masa itu belum ada apa2 hubungan diantara mak Jam dengan tuan Pfordten. Kecemerlangan khidmat tuan Pfordten ini telah dirakamkan di dalam The Straits Times 25 June, 1926 bertajuk ‘Tarun (Malay) Estate’ berbunyi “The estate is in excellent order and very efficiently managed by Mr. Pfordten. The year has been somewhat difficult one as far as labour goes but I think Mr. Pfordten has carried on very successfuly.”

Dari Taiping tuan Pfordten bertukar ke Sungai Burung Estate, Pekan Nenas, Pontian, Johor. Tuan Pfordten memeluk agama Islam ketika berkhidmat di Sungai Burung Estate ini ditangan Mufti Johor pada tahun 1937 ketika berumur 51 tahun dan berkahwin dengan Che’ Jam dan mendapat lima orang anak: Ahmad lahir diBagan Dalam, Butterworth pada 4.2.1939. Abdul Rahim lahir diChangi Road Singapura pada 18.6.1940. Mohamed Salleh lahir di Brasbasa Road Singapura pada 11.7.1941. Fatimah lahir diBrinchang, Cameron Highlands pada 15.1.1947 dan Othman lahir diTanah Rata, Cameron Highlands pada 27.1.1950.

Che’ Jam atau nama penuhnya Jamaliah binti Puteh pada ketika berkahwin dengan tuan Pfordten itu tinggal menumpang dirumah adiknya makngah Sa’yah isteri pada pakngah Husin yang menjadi rakan niaga tuan Pfordten sejak diTerong Estate, Taiping lagi, sekali gus jadi pemandu kereta tuan Pfordten jenis Cetron. Pada ketika itu Che’ Jam saeorang janda beranak tiga dan anak2nya tinggal bersama bekas suaminya pak Noh di kampung Bagan Dalam, Butterworth. Che’ Jam seorang wanita yang buta huruf tetapi sangat taatkan agama dan tak pernah tinggal sembahyang sejak berumur tiga belas tahun. Nek Minah emak kepada tok Jam juga ikut tinggal bersama makngah Sa’yah. Dan dia menjadi pembantu rumah tuan Pfordten.

Pada suatu hari telah berlaku satu peristiwa tragis di Sungai Burung Estate. Tandil (mandur) estate tersebut yang berbangsa India dari kasta Jafner dalam keadaan mabuk telah bertengkar dengan seorang posmen berbangsa India dari kasta Paria dan kemuncak pertengkaran itu tandil tadi masuk kerumah tuan Pfordten mengambil senapang tuan Pfordten dan menembak mati posman tersebut. Kes tersebut dibawa kemahkamah. Che’ Jam diseret kemahkamah sebagai saksi. Akhirnya tandil tersebut dijatuhkan hukuman gantung mandatory.

  • https://www anjangmuor com/2021/08/11/nostalgia-pertama-asal-usul-tuan-pfordten/ (4)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: