Bot Nelayan GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Sepanjang bersama dengan YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, anjang lihat banyak perkara yang beliau cetuskan. Sebahagiannya nampak kecil tapi sangat berkat dan mempunyai kesan di dalam GISBH dan di tengah masyarakat.

Antaranya, di awal bertapak di Istanbul, Turki YBhg Tuan Nasir dah ajak buat karipap frozen. Masa tu belum ada kafe lagi. Beli freezer. Bila ziarah, hadiahkan pada kenalan di kalangan orang Turki. Akhirnya ramai yang suka.

Lepas itu macam-macam perkara yang beliau cetuskan seperti penternakan burung puyuh, ayam, itik, angsa, kambing. Pertanian berbagai jenis sayur-sayuran dan pokok buah-buahan. Malah yang selalu beliau sebut, taugeh. Percambahan taugeh. Dah lama kita makan taugeh air kencing. Beliau bukan cakap kosong sebab ketika di tahanan ISA beliau lihat sendiri tahanan berbangsa Cina menyiram taugeh mereka dengan air kencing. Untuk mereka tak mengapa la kerana tidak terikat dengan syariat. Bagi kita, terhinanya beli taugeh mereka, buat kerabu, buat tauhu sumbat, masuk dalam mi goreng, masak lemak dengan tauhu. Kalau kumpul-kumpul dari kecik, mau ada 1.5 liter kencing kita minum.

Sebab itu Tuan Nasir ajak buat sendiri. Semua benda usahakan sendiri. Minta dengan Allah. Allah Maha Kaya. Akhirnya beli tanah buat pertanian, ternak lembu kambing. Beli bas 2 tingkat untuk kembara dan dakwah. Beli ambulan untuk beri perkhidmatan. Beli coaster untuk program xpdc ahli khasnya. Beli bot untuk memberi bantuan ketika bencana alam. Beli drone untuk up grade rakaman dll.

Antara yang terkini, Tuan Nasir mengajak semua untuk membeli kapal nelayan agar GISBH dapat masuk ke dalam kehidupan nelayan dan dapat memenuhi keperluan pasaraya Ikhwan dan Ikhwan Mart. Sebelum ini, GISBH telah mempunyai sebuah kapal nelayan di Sabah, kini sebuah kapal yang lebih besar dibeli di Kelantan. YBhg Tuan Nik Hazani sebagai Pengarah GISBH Kelantan telah segera menyahut hasrat Tuan PE.

Moga dengan adanya kapal nelayan GISBH di Kelantan ini:

1. Para RPU mendapat latihan ilmu perkapalan khasnya perikanan secara praktikal di tengah laut.

2. Para RPU dan pimpinan yang mengiringi mereka dapat melaksanakan cara hidup Islam di atas kapal seperti azan ketika masuk waktu sembahyang, sembahyang berjemaah, makan bersama, berukhuwah dan berkasih sayang dan menjadi contoh yang baik kepada tekong kapal dan awak-awak.

3. Dapat merasakan kebesaran Allah dan kuat pergantungan dengan Allah memandangkan ia adalah kapal laut dalam, tanpa nampak tanah daratan. Di atas langit. Di keliling hanya air. Macam-macam boleh terjadi. Ia akan membina jiwa yang cekal dan iman yang kuat jika benar-benar terhubung dengan Allah.

4. Dapat mengayati kehidupan nelayan untuk membatu sudut yang boleh dibantu. Melihat sendiri amalan Islam mereka. Bukan cakap dengan teori atau dari pihak lain, tapi terjun dalam kehidupan mereka.

5. Mendapatkan hasil sebanyak-banyaknya untuk jualan di pasaraya dan mini mart Ikhwan khususnya. Agar dapat bekalkan ikan segar dan harga yang berpatutan kepada pelanggan. Para pelanggan adalah tetamu di semua premis GISBH. Mereka wajib dilayan dengan cara paling sempurna.

Itulah sebahagian yang sempat anjang coretkan. Sebenarnya banyak lagi. Mari kita tengok bot nelayan GISBH dalam video di bawah.

Rumah Tetamu Krubong Perdana

5.51pm, Sep 23, 2020

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: