ISU PASAR RAYA IKHWAN SG BULOH

Kongsikan kepada yang lain
Share

ISU PASAR RAYA IKHWAN SG BULOH

Salam ceria.
Sejak beberapa hari ni, ramai sangat orang yang bertanya Anjang berkaitan Pasaraya Ikhwan Sg Buloh. 2 orang adik beradik Anjang pun bertanya. Abang Aim tanya, Talib pun tanya. Ada seorang Cikgu dari Pontian juga bertanya. Ada kenalan Anjang seorang penulis juga bertanya. Kawan di Mekah pun bertanya. Abang Mie Dapoq yang menyuap makan anak-anak demam di Batu Hampar lebih 30 tahun lalu pun bertanya. Selain itu ramai kawan-kawan di FB juga bertanya dan tertanya-tanya. Takkan Anjang nak diam je.

Ringkasnya Anjang nak maklumkan di sini, Pasar Raya Ikhwan Sg Buloh bukan lagi sebahagian dari rangkaian Pasar Raya Ikhwan di bawah GISB Holdings Sdn. Bhd. Ramai yang tahu, Ikhwan atau GISBH sangat bercita-cita untuk membekalkan makanan halal suci dan berkat kepada umum Umat Islam.

Sebab itulah Ikhwan sangat menjaga persoalan pengamalan hidup yang tepat mengikut Syariat. Staf Ikhwan bukan sahaja dididik menjaga sembahyang lima waktu malah didisiplinkan bersembahyang malam, berdoa, merintih agar usaha membangunkan ekonomi Islam di siang hari terbantu. Staf GISBH tidak merokok lebih-lebih lagi ambil ketum ketika tertekan.

GISBH tak boleh terima, kita JV atau buat usaha sama untuk menjual makanan halal tapi perbuatan kita tidak halal. Contohnya GISBH semua orang tahu, dasarnya tidak terlibat dengan loan atau pinjaman yang ada riba. Tapi rakan kongsi secara senyap-senyap buat pinjaman riba. Ini yang saya dengar-dengar.

Maklumat lebih detail, kita tunggu kenyataan peguam GISBH mengikut lunas undang-undang dan perintah mahkamah.

Macam mana kita nak ambil pinjaman riba sedangkan Allah istihar perang kepada mereka yang terlibat dengan riba.
Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya,
Al-Baqarah: 278-279

Ada ke orang yang menang jika berperang dengan Allah dan Rasul? Tapi ayat ni ditujukan kepada orang yang beriman. Kalau orang yang tiada iman atau munafik kaki tipu, dia kira apa! Sanggup palsukan dokumen demi mencapai cita-citanya. Sanggup bawa cerita yang GISBH pecah amanah walhal sendiri yang pecah amanah. Menuduh orang lain untuk menyorok jenayah sendiri. Jadi, tinggalkan dulu. Allah Maha Adil.

Pun begitu, GISBH masih mempunyai dua buah pasar raya tanpa usaha sama dengan mana-mana pihak iaitu Pasar Raya Ikhwan Kulim dan Pasar Raya Ikhwan Seri Manjung malah terdapat 29 buah Ikhwan Mart milik GISBH di seluruh Malaysia dan 7 buah di luar negara.

Oleh itu ingin Anjang tegaskan sekali lagi bahawa Pasar Raya Ikhwan Sg Buloh bukan lagi di bawah GISBH. Mulai sekarang, GISBH tidak terlibat sama sekali atas apa-apa urusan berkaitan Pasar Raya Ikhwan Sg Buloh. Moga semua pihak faham kenyataan ini dan sebarkan kepada semua.

RTKP2, Melaka.
5.36pm, Jan 16, 2021

RALAT:

Ada beberapa Ikhwan Mart yang terlepas pandang. Mohon izin anjang masukkan di bawah:

  1. Ikhwan Mart Kuala Perlis
  2. Ikhwan Mart Sg Ara (Penang)
  3. Ikhwan Mart Ipoh
  4. Ikhwan Mart Batu Hampar
  5. Ikhwan Mart Kuantan
  6. Ikhwan Mart Batu Pahat
  7. Ikhwan Mart Singapore
  8. One Stop Centre Australia
  • https://www anjangmuor com/2021/01/16/isu-pasar-raya-ikhwan-sg-buloh/ (1)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

5 comments

  1. Kami pelanggan setia Pasaraya Ikhwan Sungai Buloh mohon buka balik Pasaraya Ikhwan/Ikhwan Mart di bawah gisbh di kawasan sungai buloh. Kami dah selesa beli belah di Pasaraya Ikhwan. Beli lauk pauk pun kami tak was-was sbb kami tahu prinsip gisbh.

    Mohon dipertimbangkan.

    1. Terima kasih atas sokongan. Kami juga sdg berusaha mencari premis yang sesuai tetapi masih belum ditemui. Moga doa berterusan dari tuan puan, Allah bantu usaha-usaha kami.

  2. Assalamualaikum. Terima kasih atas penjelasan yang Anjang berikan berkaitan isu Pasaraya Ikhwan di Sungai Buloh. Saya pun rasa kesal atas apa yg berlaku. Saya rasa selesa dan yakin bila membeli belah di Pasaraya Ikhwan.
    Kita doakan agar satu hari nanti Pasaraya Ikhwan dpt kembali beroperasi.

  3. Assalamualaikum. Harap dapat adakan pasaraya Ikhwan di Sg Buloh kembali. Pembelian tanpa was-was amat diperlukan oleh org2 Muslim.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *