NELAYAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

NELAYAN

Wahai Tuhan!
Peliharalah anak-anak pejuang di lautan…
Mereka ke laut keranaMu…
Bukan kerana nakkan ikan semata…
Kalau pun dapat ikan tapi untuk Islam.

Mereka ke laut kerana taatkan Pemimpin,
Kerana RasulMu dan keranaMu Tuhan!
Mereka ke laut untuk mentaatiMu
Untuk mereka jadi orang-orangMu orang-orang Tuhan
Mereka ke laut untuk taqwa
Mereka ke laut untuk bela Islam.

Wahai Tuhan!
Perintahkanlah kepada laut
Untuk beri kerjasama kepada anak-anak pejuang
Jagalah! Peliharalah!
Wahai laut! Engkau taatkan Tuhan!
Mereka juga ingin taatkan Tuhan!
Janganlah mereka dibiarkan sendirian di tengah lautan

Wahai anak-anak pejuang!
Turunlah ke laut!
Turunkanlah pukat!
Walaupun tak berhasil mendapatkan ikan,
Tapi engkau akan dapatkan Tuhan
Engkau akan dapat iman dan taqwa
Beruntunglah…berbahagialah…

Villa Kota Bharu
21.11.20

Tuan Nik Hazani

suasana di laut pagi ini angin agak kuat ombak pun besar😭
Alhamdulillah ada juga 1 bot lain yang keluar sekali pagi ini

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: