AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

PUSAT PERNIAGAAN IKHWAN BANDAR COUNTRY HOMES BERTAMBAH CERIA

Kongsikan kepada yang lain
Share
Banner yang memaparkan gambar Almarhum Tuan Mohd Rasidi memegang serumpun padi dan gambar Tuan Nasiruddin Mohd Ali berlatar belakangkan bot nelayan Ikhwan juga suasana penanaman padi beserta sebuah madah memberi suasana baru yang lebih ceria di satu sudut bandar ini. Ditambah dengan dinding bangunan yang telah bercat cantik hasil perancangan Tuan Pengerusi Eksekutif GISBH. PPI BCH bertambah ceria.
Nak la posing di sini. Banner ini terletak di premis dapur bandar Yang sedang di’renovate’ untuk menjadikannya lebih berwibawa.
Ini pula banner besar dengan tulisan PPIBCH atau Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes dengan gambar sebahagian premis GISBH seluruh dunia dan peta dunia yang memaparkan di mana terdapat cawangan GISBH. Pilihan warnanya menarik untuk menambah ceria sambil berkongsi ‘info’.
Ikan Koi yang dihadiahkan oleh seorang pelanggan berbangsa Cina yang seronok dengan usaha GISBH mencantikkan bandar ini… Islam kalau benar-benar diamalkan, hati manusia akan tertarik, walaupun mereka belum menerimanya sebagai akidah kerana hidayah milik Tuhan.
  • https://www anjangmuor com/2021/02/10/pusat-perniagaan-ikhwan-bandar-country-homes-bertambah-ceria/ (3)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *