KRI Nanggala-402: Oksigen habis hari ini

Kongsikan kepada yang lain
Share

KRI Nanggala-402: Oksigen habis hari ini

PENCARIAN kapal selam Indonesia, Kri Nanggala 402 bersama 53 kru semakin getir apabila bekalan melepasi anggaran ketahanannya pada jam 3 pagi, waktu tempatan hari ini.

Ini membuatkan kapal selam buatan Jerman itu kehabisan bekalan oksigen selepas lebih 72 jam hilang di lautan.

Di sebalik operasi berterusan dilakukan, timbul kebimbangan kesemua kru kapal selam terbabit berdepan keracunan karbon monoksida.

Situasi ‘blackout’ Kri Nanggala 402 juga memberi impak kepada daya ketahanan kru kerana kuasa diperlukan bagi menggerakkan kipas.

Kuasa diperlukan untuk menggerakkan kipas yang menyalurkan udara melalui lilin oksigen dan bahan penyerap karbon dioksida.

Persoalan tetap timbul bagaimana kapal selam berkenaan boleh menjadi ‘blackout’.

Dalam perkembangan berkaitan, Tentera Indonesia (TNI) mengesan isyarat satu objek dengan kemagnetan tinggi ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kri Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali.

Jurucakap TNI, Achmad Riad berkata, isyarat daripada objek tidak dikenal pasti itu dikesan pada kedalaman antara 50 dan 100 meter (m).

Beliau berkata, kapal dengan alat pengesan sonar sudah dihantar ke lokasi untuk mengenal pasti objek berkenaan.

Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.

AM: Setiap berita kena jadikan iktibar untuk tambah rasa takut setakut-takutnya pada Allah. Allah boleh matikan kita seorang diri, Allah boleh matikan kita berjemaah. Allah boleh selamatkan kita dalam apa keadaan sekalipun. Moga Ramadan ini kita berubah. Sembahyang kita makin berkualiti. Wirid zikir kita benar-benar meresap ke dalam hati hingga membina rasa kehambaan. Kita talak tiga dengan dosa zahir dan batin. Kita lipat-gandakan doa di Ramadan kali ini. Ya Allah selamatkan hamba-hamba-Mu dalam perut KRI Nanggala-402 dan selamatkan kami semua… Aamiin…

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *