3 Pemuda Haramain

Kongsikan kepada yang lain
Share
Ameer, YBhg Tuan Nasir dan Muhammad Bukhari atau Abdul Sobur

Ameer dan Abd Sabur atau Muhammad Bokhari serta seorang lagi, Hani ini telah lama berkawan dengan GISBH. Bukan setahun dua. Dah 7 tahun.

Dalam GISBH kami biasa panggil mereka 3 pemuda Haramain atau 3 pemuda. Kerana mereka tinggal di Mekah dan berkawan dari kecil serta masih muda. Ketiga-tiganya sangat menghormati dan menyayangi Tuan Nasiruddin Mohd Ali. Dah berbagai kerjasama dibuat antara mereka dengan GISBH.

Hani memang warga Saudi. Betul-betul orang Saudi. Kalau memandang kita, pandangannya sangat tajam. Ini mungkin kerana kesan tugasnya sebagai anggota keselamatan di Masjidil Haram yang kena mengawasi cctv yang beribu banyaknya. Hani banyak membantu kami berkait soal keselamatan di Saudi. Sayangnya kepada Tuan Nasir bertambah bila hajatnya tercapai bila diadukan kepada Tuan Nasir. Ia berlaku beberapa tahun yang lalu. Ketika bersama-sama Tuan Nasir dalam suatu majlis, Hani meminta Tuan Nasir mendoakan agar dia dikurniakan anak kerana setelah 6 tahun berkahwin masih tidak mempunyai anak. Tuan Nasir meminta sebotol air minuman, membuka penutupnya dan membacakan sesuatu. Setelah itu air itu diberi pada Hani. “Minumlah air ini, masukkan dalam masakan, buat mandi.” Tuan Nasir memberi panduan. Allah izinkan tak lama lepas itu, isterinya hamil dan sekarang Hani telah mempunyai 3 orang anak kecil. Siapa pun bila tiada anak, suatu masa yang lama, bila Allah anugerahkan cahaya mata dengan sebab seseorang sudah tentu akan merasa terhutang budi yang amat sangat.

Hani

Abdul Sobur atau Muhammad Bokhari pula berasal dari Uzbekistan. Datuknya melarikan diri dari Tashkent ke Afghanistan dan Pakistan seterusnya ke Mekah untuk menyelamatkan iman ketika Rusia menguasai tanah air mereka. Keluarganya kuat beragama tetapi bila hidup di tempat orang yang terdedah dengan macam-macam cabaran, ada ahli keluarganya yang terlibat dengan gejala sosial. Di Saudi ini pun banyak juga gejala sosial yang menjauhkan seseorang dari agama. Dia amat mengharapkan agar GISBH bawa semua anak-anaknya duduk di Malaysia dengan GISBH kerana bimbangkan pendidikan mereka yang boleh merosakkan amalan Islam mereka.

Abdul Sobur

Amer pula seorang pemuda berasal dari Pakistan. Berkawan dengan GISBH sejak dari bujangnya. Dia meminta Tuan Nasir doakannya mendapat jodoh. Akhirnya Amer berkahwin dengan seorang perempuan tempatan yang asalnya pelanggan yang membaiki komputer di kedainya. Melalui isterinya, Ameer mendapat lebih banyak peluang perniagaan kerana status isterinya sebagai warganegara.

Amer lebih-lebih lagi, banyak bekerjasama dengan GISBH dan merasakan semua kejayaannya kerana bantuan dan berkat Tuan Nasir. Dia mendaftarkan perniagaan atas nama Muassasah Qulubul Ikhwan, mengusahakan dapur katering bersama GISBH, perkhidmatan pengangkutan jemaah haji umrah dengan pembelian beberapa buah bas atas nama GISBH. Amer selalu mengakui bisnesnya semakin membesar dan diberkati kerana kerjasama dengan Tuan Nasir dan GISBH. Moga perhubungan ini akan berterusan dan diberkati.

Ameer dengan Tuan Nasir di Chalet Sahab, Buraydah.

Ameer mengusahakan banyak jenis perniagaan seperti kilang pembungkusan kurma, dapur katering untuk jemaah haji umrah, pengangkutan jemaah haji umrah, import sandal kulit dari Pakistan ke Saudi dll.

Dengan GISBH Ameer bercadang ingin membina kilang air minuman kerana permintaan sangat tinggi di Saudi. Biasanya air musim haji telah mula di pack dan distorkan 6 bulan sebelum musim haji. Memang ia sangat tinggi permintaan di pasaran. Moga rancangan ini berjalan lancar dan Allah jayakan.

Tanpa berbahasa Arab, Uzbekistan mahupun Urdu, Tuan Nasir berjaya menawan hati 3 pemuda Haramain dengan akhlaknya dan sikap mengambil berat masalah mereka. Pada mereka, Tuan Nasir umpama seorang ayah tempat mengadu masalah untuk diselesaikan. Seorang pemimpin untuk dirujuk dalam membuat keputusan. Muhammad Bokhari sebut tak puas, tak kenyang dapat bersama Tuan Nasir hanya 2 hari di Buraydah, Qassim setelah terpisah lebih 1 tahun. Ikatan ukhuwah sangat terjalin kuat antara staf GISBH dengan mereka kerana mereka telah sampai ke cawangan-cawangan GISBH di Malaysia hingga ke Air Bintan. Bila tak dapat musafir setahun ni, tiba-tiba Tuan Nasir muncul di Mekah sudah tentu menyebabkan semua kawan-kawan GISBH di bumi Haramain ini sangat ingin bertemu dan berlama-lama dengan beliau. Sehari dua ni Tuan Nasir dan rombongan akan pulang ke Mekah. Abu Jamil,

Ok jumpa lagi. Buka apa hari ni? Mesti best kan?!

Dewan vila GISBH Madinah

10.41am, Apr 30, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *