PERTANIAN IKHWAN KG HUBONG, ENDAU, MERSING.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kangkung yang sangat subur di batas-batas Pertanian Ikhwan Kg Hubong.

Salam ceria.

Lama dah tak menulis. Lebih-lebih lagi tentang kecintaanku. Dunia pertanian dan penternakan. Walaupun tak mahir. Tapi minat. Seronok dengan unggas dan haiwan ternakan. Seronok dengan kehijauan pepohon. Juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Nak masak petik segar-segar keliling rumah. Sayur dan ulam. Memang sejak sekolah rendah tanam bendi tiga batas di tepi rumah. Bolehlah makan sendiri.

Semalam anjang berpeluang ke Pertanian Ikhwan Kg Hubong, Endau, Mersing. Bertolak dari Villa GISBH Kluang kira-kira jam 7.30 dan sampai depan jambatan ke Tanjung Gemok jam 9.30. Moga Allah maafkan orang yang beri location, ada ke betul-betul di trafic light tu dia kata dah sampai.

Sebenarnya kami dah terlepas. Kena patah balik dan dalam 9.45 kami sampai ke Pertanian Ikhwan Kampung Hubong. Walaupun baru setahun diusahakan Pertanian Kampung Hubong telah ada bermacam-macam aktiviti, antaranya:

1. Tanaman sayur-sayuran untuk jualan seperti kangkung, bayam, sawi, daun pandan, kucai, kacang panjang, serai, taugeh, cendawan, daun bebuas, daun kunyit, pisang(sekali sekala), betik muda dan daun ubi kayu.

2. Sayur-sayuran kegunaan sendiri berskala kecil seperti cili, kunyit, halia dan lengkuas.

3. Tapak Semaian pelbagai jenis Herba. Telah ada 100 jenis herba seperti beberapa jenis Temu, Belalai Gajah, Jarum Tujuh, pelbagai jenis kantan, Kemangi, Selasih, Derhaka Mentua, Pecah Beling, Misai Kucing, Insulin (Kembang Bulan),

4. Herba Kormesial iaitu Kemangi yang dikeringkan untuk dibuat teh.

5. Tanaman untuk makanan haiwan seperti Indigofera dan Napier.

6. Produk Home industries seperti Fucuk, Tauhu, Tempe, Taucu, Bepang, Sambal Tempe, Tapai Pulut, Kopi Tongkat Ali, Kopi Kacip Fatimah plus Manjakani dan Cili Sos.

7. Mini Zoo dengan berbagai jenis binatang yang telah diperolehi lesen memeliharanya seperti Sang Kancil, Ular Sawa Batik, Burung Wak-wak, Landak dan Kura-kura.

Eloklah siapa yang berminat dengan pertanian, singgah dan cuba hayati kehidupan seorang petani agar kita rasa bersyukur dan pandai berterima kasih para petani, nelayan dan buruh-buruh kasar.

Sabda Nabi SAW:

 لا يشكر الله من لا يشكر الناس.

Tidak tergolong orang yang bersyukur kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia.

Riwayat Imam Al-Bokhari

Rumah Rakit Ikhwan Resort Air Bintan

9.52 AM, Mac 12, 2020

Awal-awal sampai, jumpa Pisang Seribu dulu. Bergambar sini sat.
Bila letak di status, terus ada seorang India tegur, ini gambar di mana? India memang suka pokok pisang sebab selalu tengok dia orang letak di kuil.
Kangkung ni subur betul. Seronok tengok.
Pastu banyak spesis pula. Tuan Anuar dapat benih mana tak tau?
Goreng dengan belacan + ikan bilis ni mesti ter’angkat’.
Hampir setiap batas tertulis tarikh semai, tarikh dibaja dan jenis baja.
Samada baja asli tahi ayam, NPK atau baja ikan.
Ini remaja yang kendalikan tanaman kangkung. Anak Ust Ilhami.

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2020/03/img_3561.mov

Ini kawasan nurseri herba yang sedang diupgrade. Tak kurang ada 100 jenis herba di sini.
Macam-macam ada termasuk All Spices, Buah Keras dll
Sebahagiannya telah ada papan info berkaitan nama herba dan khasiatnya.
Ladang Herba ini InsyaAllah akan menarik ramai pengunjung untuk mempelajari atau menambah info berkaitan khazanah bumi Malaysia tercinta.
Ramai remaja di sini. Terjumpa anak Ust Burhan. Dulu jaga kuda di Air Bintan.
Longgokan kayu-kayu itu untuk jadi bahan api untuk masak soya di projek Fucuk Tauhu.
Mendapat penerangan ringkas dari Dr Mohd Noh Jalil, ex MARDI. Bukan orang lain, abah anjang juga.
Alhamdulilah. Banyak kayu, mudah nak guna nanti.
Nama pokok yang disemai lurus ini Indigofera. Kegunaannya sebagai makanan binatang ternak.
Pokok ini bagus kerana kandungan protinnya tinggi iaitu 31%. Kalah Azollla yang boleh capai 25-30% protin.
Bila berbuat; Allah menilai, Rasul menilai dan orang mukmin menilai…
Allah; InsyaAllah beri pahala. Rasulullah; mudah-mudahan beri syafaat dan berkat…
Orang-orang mukmin mendoakan…
Malah memberi sokongan dan bantuan. Tanah ini diberi guna secara percuma oleh tuan tanah. Alhamdulillah kerana melihat Ikhwan mengerjakan tanah pertanian bersebelahan tanahnya.
PH tanah 6.5 sangat sesuai untuk bertani.
Bekalan air boring pun ada. Moga jangan pula remaja di sini boring! Hehehe. 😆
InsyaAllah akan ditanam secara besar-besaran Kerana GISBH bercadang mengeluarkan pelet makanan haiwan dan bahan utamanya dari pokok Indigofera inilah…
Ini pula tanaman Kemangi yang telah dijadikan produk teh Kemangi yang sangat berkhasiat.
Tuan Anuar ingin menukar budaya masyarakat Malaysia dari meminum teh biasa kepada teh herba Kemangi… Allahu Akbar.
Ia macam spesis selasih juga anjang tengok.
Gigih Tuan Johan yang sama-sama menajak rumput menggunakan sebelah tangan setelah sebelah tangan lagi masih belum sihat sepenuhnya kerana serangan stroke. Begitulah jiwa ALP GISBH.
Bersama YBhg Tuan Johan dan teamnya.

Kebaikan bercucuk tanam ni antaranya badan semakin sihat. Ada seorang hamba Allah tu dah kehilangan 16kg. Kehilangan sesuatu yang sangat disukai…
Tuan Johan di ladang. Berjubah. Katanya jubah kerja.
Indah pemandangan kawasan pertanian mereka
Di samping itu ada pokok-pokok tanaman kegunaan harian.

Seperti cili yang sangat diperlukan.
Ini tempat projek soya untuk dibuat tauhu dan Fucuk.
Bertemu kawan lama dari Kuala Kangsar. Jauh merantau.
Hari-hari buat air soya demi membekalkan makanan halal dan suci kepada umat Islam.
Air soya ini dididihkan dengan boilers.
Di malam hari sebagai abid, siangnya menjadi singa berjuang membangunkan projek fardhu Kifayah.
Ini relau untuk memasak air soya.
Untuk membuat tauhu kering atau Fucuk.
Di sini banyak penggunaan kayu sebagai bahanapi

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2020/03/img_3543.mov

Tray diatur atas relau yang dipasang api di bawahnya dan diletak air.

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2020/03/img_3545.mov

Di atas tray tadi diletakkan satu tray lagi untuk dituang susu soya ke atasnya.
Apabila ‘kepala soya’ itu timbul ia akan diambil lalu digantung. Proses terus berulang hingga air soya habis. Kepala air soya yang digantung itulah tauhu kering atau fucuk tauhu. Sebut elok-elok!!!
Haaa dah siap!!!
Boleh dapatkan di Pasaraya Ikhwan Sg Buloh dll Ikhwan Mart.
Ikhwan Kg Hubong juga keluarkan produk Taucu.
Juga sambal tempe yang sedap….
Kuih Bepang yang enak.
Ini pula tempe. Takkan tak kenal kut? Wong Jowo…

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2020/03/img_3513.mov

Landak yang manja. Bau dia je tak berapa manja… hehehe

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2020/03/img_3520.movhttps://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2020/03/img_3521.mov

Sang Kancil yang kehilangan kawan.
Burung wak-wak atau ayam-ayam.
Kura-kura pun banyak.
Ular sawa batik dan ayam yang sangat mengingati mati…
Ni produk tapai mereka. Perghh…
Memang sedapppp.
Cendawan goreng tepung…
Tapai + ais krim vanila. Ubat segala penyakit….
Terima kasih YBhg Tuan Johan Abd Hamid.

Terima kasih Tuan Johan dan Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman. Maaf tak dapat jumpa. InsyaAllah datang lagi.

Bagi yang bercadang menziarahi Pertanian Ikhwan Kg Hubong boleh tengok peta di bawah:

https://maps.app.goo.gl/pE6TxX7dX3yKVxfQ6

  • https://www anjangmuor com/2020/03/12/pertanian-ikhwan-kg-hubong-endau-mersing/ (1)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *