Melepas Rindu Memandang Kaabah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Melepas Rindu Memandang Kaabah 

Salam Ramadan Mubarak.

Apa kabo semua? Buka apa petang tadi? Mesti best kan? Malaysia biasa la. Semua best. Nampak ada aiskrim Ikhwan Perisa Gula Melaka, macam sedap je. Teringinkan makanan ni boleh mencacatkan kualiti puasa. Anjang tanya je. Hehehe.

Baru-baru ni Masjidil Haram ditimpa hujan air batu. Ramai yang tanya anjang untuk kepastian. Malah ada tempat yang banjir. Anjang tak ada di Mekah ketika itu. Anjang di Qassim. Dalam 1000km dari Mekah. Jauuuuh tu. Tapi orang yang tak tau kira macam dekat je. 

Jalanraya lengang. Kedai pun tak banyak buka.

Ya la, nak sampai Mekah pun bukan senang. Zaman dulu, ada orang sampai jual tanah untuk kumpul duit pergi haji. Yang kumpul sikit-sikit, sampai dah tua baru cukup untuk ke Mekah. Nak besarkan anak lagi, sekolah anak lagi, dapatlah kumpul sikit-sikit. Dah di hujung usia baru sampai. Ketika badan dah lemah dan sakit-sakit. Tapi semangat tetap tinggi.

Yang setia di mana-mana, burung merpati Mekah

Suasana kini berbeza pula. Covid-19 melanda. Bukan mudah untuk ke Mekah. Dah ada duit pun belum tentu boleh sampai. Datuk-datuk pun ramai yang sangkut. Mutawwif dan pengendali jemaah umrah pun tak lepas. Sebab itu ramai yang tertanya-tanya, macam mana Tuan Nasir boleh lepas?

Ada yang nak kaitkan Tuan Nasir dengan penyebaran covid-19 di Tioman, Manjung, Rompin dll. Konon dengan sebab pergerakan grup GISBH semua orang susah tapi ternyata Tuan Nasir negatif covid-19. Nak keluar negara ketat prosudernya. Tuan Nasir sendiri buat swab test dua kali. Dua-dua kali negatif. 

Kali ni kita flash back sewaktu kami mula sampai 12hb April 2021. Tuan tak keluar ke mana-mana. Pada 14hb, Tuan menerima tetamu di Vila iaitu Dr Hisham, Pakar Jantung di Hospital Noor. Pada 15hb April, Tuan Nasir ajak kami ke Masjidil Haram. 

Untuk buat umrah memang susah kerana terpaksa ambil vaksin dahulu, so kami cuba sekadar nak ke Masjidil Haram. Paling kurang dapat melihat Kaabah. Rindu Kaabah. Dah lebih setahun tak tengok rumah Allah yang mulia ini.

Dengan menaiki GMC, kami bertolak dari Vila GISBH menuju ke Masjidil Haram. Misi mustahil. Hati berdebar-debar, Allah sahaja yang tahu sebab maklumat kami dah dapat, hanya yang telah vaksin sahaja boleh mengerjakan umrah. Ya, memang pemegang visa umrah kena ambil vaksin dulu. Tapi kami guna visa bisnes. Ada juga maklumat yang kami terima, tanpa inject vaksin, hanya boleh sembahyang di Masjidil Haram, umrah tak boleh. Tapi semua maklumat itu perlu dipastikan.

Semakin hampir dengan Masjidil Haram semakin kuat debaran. Betapa tak berdebar, sepanjang jalan di setiap tempat dipenuhi dengan anggota keselamatan berkawal dengan kenderaan rasmi. Selain dari mereka adalah orang yang memakai ihram umrah. Ertinya di jalanraya hanya ada 2 seragam, mereka yang berihram umrah dan Polis dengan pakaian seragam mereka.

Kami melalui Syari’ Ibrahim Khalil, Misfalah. Di sepanjang jalan banyak chek point. Setiap kali menempuh chek point, En Ikrimah akan menurunkan tingkap GMC Yukon XL, bila Polis bertanya, nak ke mana? En Ikrimah menjawab dengan tenang: “Funduk.” (Hotel), Polis itu akan memberi isyarat untuk teruskan perjalanan. Apabila melepasi satu chek point, rasa lega tapi tak sempat lama dah jumpa satu chek point lagi. 

Begitulah sampai melepasi 5 chek point. Bayangkan debaran untuk melepasi 5 sekatan. Ada polis yang bertanya, nak ke hotel mana? En Ikrimah beritahu: InterContinentel Dar al Tawhid. Sampai di hotel, pengawal pula bertanya meminta bukti tempahan hotel, RPU menjawab, kami nak berurusan di lobi hotel. Legaaa. Kami dibenarkan turun buat urusan. 

7.27AM, 15hb April 2021, kami parking di hadapan Hotel InterContinentel Dar al Tawhid.

Tuan Abil dan En Ikri yang turun, kami stay dalam kereta. Kereta mewah ni ada peranan dalam suasana begini. Kalau naik kereta cabuk je, rasanya awal lagi dah kena halau… Yallah yallah rohhh.

Dari dalam kenderaan kami melihat suasana di luar. Tak ramai orang. Kosong sangat, kalau dulu sepanjang jalan penuh dengan manusia. Rombongan jemaah Indonesia, India, Turki, Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Mesir, Iran dll. Terlalu ramai. Rombongan demi rombongan berpusu-pusu. Ada yang nak buat umrah. Ada yang nak balik ke hotel. Masing-masing dengan dengan pakaian ihram serba putih tetapi ada tanda tertentu untuk membezakan dengan jemaah yang lain. Itu sebelum covid. Sekarang sudah sangat berubah.

Tuan Abil ajak kami turun tapi suasana seperti tidak sesuai. Terasa kami akan jadi tumpuan mata kerana berbeza dari yang lain. Berbagai kemungkinan boleh berlaku.

Dari situ kami pusing bergerak keluar melalui Jabal Omar dan patah balik melalui Jabal Omar masuk terowong untuk ke lobi hotel-hotel menara jam.

8.13am 15hb April 2021 kami memasuki lobi Retaj Al-Bayt Suites Hotel. Tuan Abil berbincang dengan pengurusan hotel untuk menyewa bilik yang menganjur ke Masjidil Haram untuk mendapat view Kaabah. Rindunya dengan Kaabah. Dapat melihatnya dari jauh pun jadilah. Kami melawat bilik-bilik hotel tapi semuanya hanya dapat melihat dataran Masjidil Haram sahaja. 

Dalam page di internet, hotel ini iklankan sesiapa yang menginap pakej tertentu di sini akan dapat izin untuk buat umrah walau dia belum inject vaksin. Setelah kami setuju untuk mengambil pakej mereka, kita dapati iklannya telah dikeluarkan kerana undang-undang semakin ketat dan mereka tak akan dapat memenuhi janji pakej itu. 

Setelah itu kami pergi ke Rayhaan Al Marwa Hotel. Di sini kami meninjau ke bilik-biliknya seperti hotel Retaj tadi. Menariknya ada satu bilik tu, kami dapat lihat Kaabah Al Musyarafah. Akhirnya tagihan Tuan Nasir berlaku. Dapat juga kami lihat Kaabah walaupun dari jauh. Malah dari atas. Tingkat 20 hotel Rayhaan. Kelihatan Tuan Nasir dapat melepaskan sebahagian dari rindunya. Sedih dan pilu, Rumah Allah tapi dikawal oleh mereka. Tapi optimis, kemenangan Islam semakin hampir.

Keluar dari Hotel Rayhaan, kami melalui deretan kedai-kedai yang banyak di situ tetapi sunyi dari pelanggan. Kami menuju ke Dataran Masjidil Haram. Walaupun kawalan sangat ketat, kami tetap ingin pergi walau sebentar sahaja. Alang-alang dah sampai, kena turun ke dataran Masjidil Haram.

Dalam 9.21 am, Allah izinkan kami berada di Dataran Masjidil Haram. Dengan pakaian biasa. Tidak berihram. Alhamdulillah, walaupun tak dapat masuk bersolat di dalam kerana belum divaksin, kami telah berada di depan menara jam dan seterusnya berjalan di dataran Masjidil Haram menuju lift ke Parking Lot. Akhirnya, Allah izinkan juga. Terima kasih Allah. Terima kasih Rasulullah SAW. Terima kasih Tuan Nasir.

Menaiki GMC untuk pulang ke vila, anjang masih rasa macam bermimpi, sampai tahap ini Allah boleh izinkan semua ini berlaku.

Ok. Semua orang sibuk di Wadi ni buat persiapan berbuka. Anjang sibuk menaip. Tuan Nasir berbual perkembangan dengan Pak Nor dan Ust Salleh Saliyan. 

Surau Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah

4.49pm, May 1, 2021

1hb May ni teringat DIHA, dah la di Wadi Dato’ Ibu. Lebih-lebih lagi dapat dengar cerita Tuan Adib, bagaimana Dato’ Ibu mendidik beliau. Kali pertama anjang dengar cerita itu. Sangaaat menginsafkan.

Sila klik untuk menonton video.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *