AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Nur Malaysia Uzbek masuk MOONJAY GOODMAN CHANNEL

Kongsikan kepada yang lain
Share
Hafiz dan Azhar bersama pemilik Vlog terkenal

Salam ceria.

Malam ni tak sehat. Memang dah 2 hari ni perut meragam. Tambah letih sikit naik bukit Bani Haram petang tadi. Tapi puas hati kerana dapat tengok sendiri kesan tapak kaki Rasulullah SAW yang masih ada di tempat asalnya.

Batu yang tengah itulah kesan tapak kaki Rasulullah SAW, semburan cat itu sebagai penandanya.

Juga dapat melihat kesan mukjizat baginda di gunung batu pejal ini yang mana ketika perang Khandak baginda pernah meletakkan tangannya yang mulia di batu yang keras ini lalu keluarlah air dan ada sedikit takungan di bahagian atas gua Bani Haram ini. Begitulah Rasulullah SAW, semua makhluk ingin berkhidmat dengan baginda.

Sedutan video di gua Bani Haram dan kesan tapak kaki Unta Nabi SAW

‘Ain Bani Haram. Mata air dari Mukjizat Nabi dekat Gua Bani Haram. Telah tiada air, tinggal kesannya sahaja.

Jika baginda berjalan, awan akan melindunginya dari panas terik matahari. Jika baginda memijak pasir, pasir mengeraskan diri agar mudah baginda menapak. Jika baginda memijak, bersandar malah adakalanya memegang sesuatu yang keras seperti batu, batu akan melunakkan diri supaya tidak menyakiti baginda. Maka terjadilah kesan lekukan yang dapat kita tatap malah sebahagiannya boleh kita pegang hingga ke hari ini.

Gua Bani Haram di Madinah Al. Munawwarah

Lepas tu anjang pegi ke sebuah kebun kurma yang istimewa kerana rupanya kesan di atas batu ini bukan sahaja berlaku pada Nabi SAW malah terjadi juga pada unta baginda, Qashwa. Di kebun tamar ini terdapat beberapa kesan tapak kaki Qashwa yang boleh kita lihat dan pegang. Allah rezekikan kafil kepada pekerja-pekerja ladang tamar ini datang, maka pintunya dibuka. Sebab adakalanya ia tutup berkunci. Rezeki AM la. Esok dah nak gerak ke Mekah.

Jelas kesan tapak kaki unta yang Allah kekalkan sejak lebih 1400 tahun dahulu

Sebelum ziarah tempat-tempat berkat itu, anjang sempat ziarah Matbakh GISBH Madinah dengan Fakrol. Kebetulan dia hantar Azam dan Muaz. Di dapur ini, mereka berkhidmat bertiga termasuk Pak Nor. Alhamdulillah, katering dari GISBH Madinah semua masak di sini. Mereka juga ada bilik penginapan supaya mudah berehat. Maklumlah kerja masak katering ni tough. Jam 2 pagi dah mula masak untuk sarapan dan makan tengahari. Selesai jam 9-10. Rehat sampai Zuhur. Lepas Zuhur masuk dapur semula untuk masak makan malam. Lepas ziarah matbakh balik villa baru keluar semula ziarah tempat-tempat berkat dengan Ikrimah.

Pak Nor sedang siang ikan di waktu siang…

So malam ni letih sikit. Tambah perut yang meragam ni. Tak dapat join Ikrimah dan Rafiq jumpa Syeikh Sulaiman dan pemuda-pemuda Afghanistan untuk membincangkan tentang penjagaan Syeikh Bismillah. Tertidur awal, bangun-bangun Anas ajak makan. Tengok Hp, kawan-kawan Tashkent hantar link yang menarik. Rupanya Restoran Nur Malaysia dimention dalam MOONJAY GOODMAN CHANNEL.

AM tengok channel ni boleh tahan gak, nampak baru 10 bulan tapi dah ada 63K subscribers. Dalam tajuk ‘Makan KFC terjumpa orang Malaysia’ ketika pemilik channel ni sedang menikmati ayam KFC tiba-tiba lalu Hafiz, Azhar dan seorang lagi. Sebenarnya mereka sedang jalankan operasi untuk promosi restoran dengan mengedar flyers RESTORAN NUR MALAYSIA TASHKENT. Alhamdulillah bertemu dengan MOONJAY GOODMAN CHANNEL. Moga beliau sudi ke restoran Nur Malaysia Tashkent begitu juga pengikut-pengikut channel beliau. Ahlan wa sahlan.

Klik di bawah untuk menonton ‘Makan KFC terjumpa orang Malaysia’

Villa GISBH Madinah

11.01pm, Dis 22, 2019

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *