Lawatan GISBH ke Kilang Air di Al-Jumum, Mekah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Melawat Kilang Air Al-Amoudi di Jumum, Mekah

Salam ceria.
Alhamdulillah kami selamat sampai di Madinah malam tadi, Tuan Nasir bawa kami ke Masjid Nabawi dulu. Buat pusingan berhampiran masjid, dapat tengok kubah hijau dari dalam kereta je la. Moga dapat menziarahimu ya Rasulallah.

Hari ni kami baru mula puasa 6, setelah 16 hari tak puasa kerana program yang banyak terutama jamuan hari raya,
pertemuan-pertemuan melibatkan perniagaan GISBH, perundingan pembelian tanah dan vila, melawat tapak-tapak perniagaan yang ada potensi, melaksanakan ibadah umrah dll. Terasa la lesunya hari ini, mungkin sebab lama sangat baru nak puasa. Apapun, dapat berpuasa 6 Syawal di Madinah kira satu bonus atau anugerah la sedangkan di tanah air sedang diuji dengan Total Lock Down.

Tadi sempat beli sim Mobily dengan Tuan Usu dan En Ikri. Ambil pakej prepaid je. Sini agak lebih mahal dari Malaysia. 150 Riyal dapat Data 20 GB, Call tempatan 2250 minit, Unlimited Social Media untuk sebulan. Tak larat guna roaming Digi, dalam sebulan lebih anjang di sini dah kena RM300. Cuma no Digi tu tetap kena hidupkan sebab dah jadi no rasmi banyak urusan.

Di antara program yang belum sempat anjang kongsi ialah ziarah kami 2 kali ke kilang air di Jummum, Mekah kira-kira 42km dari Vila GISBH 42km dalam 34 minit perjalanan melalui tempat Miqat di Taneim arah jalan ke Madinah. Ia masih dalam Mekah tapi dah keluar dari tanah haram.

Nama kilang ini, Amoudi Beverage Industries.
Kami melawat kilang ini 2 kali. Kali pertama pada 9.5.2021, di bulan Ramadan. Keluasan tanahnya sangat besar iaitu 70 ribu meter persegi dan ia belum digunakan sepenuhnya.

Manager Kilangnya Syeikh Jamil tak puas hati kerana tak dapat menjamu kami makan dan mencuba produk beliau lalu meminta kami datang lagi selepas raya. Kami maklumkan padanya, akan datang lagi rombongan yang lain untuk sama-sama melawat kilang selepas raya. Syeikh Jamil membekalkan kami produk keluaran kilangnya sangat banyak, penuh boot GMC.

Ka kedua kami melawat kilang ini pada 20.5.2021. Kali ini rombongan lebih ramai dengan ada bersama kami Dato Lokman Hakim, Tuan Hasnan, Tuan Nik Hazani dan Tuan Usu. Lebih meriah lagi bila En Abdullah Al Yamani turut hadir bersama. Setelah berbincang sambil melihat semua produk syarikat ini di atas meja dan merasa sebahagian daripadanya, kami bukan sahaja di bawa melawat seluruh bahagian kilang malah tiada halangan untuk mengambil gambar.

Kilangnya sangat besar. Modal seluruh kilang dianggarkan mencapai 200 juta Riyal Saudi. Untuk permulaan Syeikh Jamil membawa kami ke bahagian stok produk yang telah siap. Di bahagian ini sahaja ada beberapa ruang yang luas dengan stok berbagai produk minuman samada jus, air berkarbonat, air mineral, kordial, pati minuman dll. Sangat banyak dan tersusun rapi. Ia di bawa dari bahagian pengeluaran dengan conveyer dan disusun menggunakan fork lift. Ada yang untuk dieksport dan ada untuk pasaran Saudi.

Saudi mengenakan cukai yang tinggi bagi minuman yang menggunakan gula kemungkinan dalam usaha mengurangkan obesiti di kalangan rakyatnya. Oleh itu jus keluaran syarikat ini banyak dibuat sugar free. Ia tidak dikenakan cukai. Minuman yang ada gula tetapi untuk pasaran luar Saudi tidak dikenakan cukai ini.

Alangkah cantik kalau kerjasama dapat berjalan lancar antara GISBH dengan Al Amoudi Beverage Industries hingga dapat di bawa ke Malaysia air dari kilang orang Islam sendiri. Oleh kerana kilang ini berada di luar tanah haram, maka terdapat pekerja bukan Islam yang bekerja di sini khasnya jurutera mesin-mesin yang agak komplek ini. Dengan rahmat Allah, 15 orang pekerjanya telah masuk Islam sejak kilang ini beroperasi. Di kilang ini terdapat 265 orang pekerja.

Kami dibawa melawat kilang di setiap bahagian:

  1. Unit stok barang siap.
  2. Unit pengeluaran air botol.
  3. Bilik Quality Control.
  4. Bahagian pemprosesan bahan dengan mesin auto bancuhan bahan yang besar dan berusia lebih 30 tahun tapi masih berfungsi baik.
  5. Unit pengeluaran air kotak.
  6. Silo (tangki besar) untuk proses air gula.
  7. Cold Room tempat simpanan pati jus buah-buahan dalam tong yang diimport.

Sehat anjang menapak beberapa kilometer dalam kawasan kilang ni. Di bilik CC, kami ditunjukkan demo cek tin air minuman untuk pastikan tiada kebocoran.

Bilik QC

Di bahagian pemprosesan ada mesin mix bahan-bahan yang besar saiznya. Anjang tengok mesinnya masih baik, dibuat dari stainless steel. Kilang ni sangat bersih sebab tu dia benarkan kami melawat tak macam sebahagian kilang pengusaha non Muslim di Malaysia.

Ini alat membancuh bahan-bahan. Semua bahan dibancuh di dalam Silo ini dan diblend.

Di unit pemprosesan air kotak kami lihat bagaimana mesin yang mengeluarkan air kotak sebanyak 24 ribu kotak sejam. Dari memasukkan kotak kosong, pengisian air, keluar, pengasingan kotak yang tak ikut spec, terus ke tempat letak straw dan dimasukkan kotak-kotak sebagai barang siap.

Lepas tu kami keluar kilang menuju ke Bilik Chiller dengan suhu 7°C dan Cold Room dengan suhu -18°C. Di bilik Chiller kami dibenarkan masuk manakala di Cold Room tak dibenarkan kerana faktor kesihatan. Lahirnya memang bahaya, suhu di luar 46°C tiba-tiba kita masuk suhu bawah paras beku, nak cari pasal?!.

Pati buah-buahan seperti jambu batu, oren dll dalam tong drum di simpan dalam Chiller dan cold room.

Selesai sesi lawatan, kami kembali ke bilik meeting untuk menikmati hidangan Nasi Mandy Kambing. Begitulah program kami kali ini, Ziarah-Dakwah-Tijarah dan jamuan kasih sayang. Petang ni kami akan ke rumah ayah Syeikh Sulaiman, CEO Muzium Rasulullah di Madinah. Jamuan buka puasa. Kambing lagi. Ampun. Tapi kali ni, Tuan Nasir yang beli kambing untuk ayah Syeikh Sulaiman masak. Moga Allah berkati ibadah kita semua. Baru masuk hari kedua puasa 6.

Syeikh Muhammad Sulaiman, ayah Syeikh Sulaiman

Doakan para Ikhwan banyak-banyak agar GISBH berjaya membawa air-air keluaran kilang ini ke Malaysia khasnya air mineral yang di ambil dari Wadi Fatimah di Tanah Mekah. InsyaAllah berkat. Satu tanah dengan telaga Zam-Zam. Keluaran ABI dikilangkan untuk GISBH.

Vila GISBH Madinah
4.50pm, Mei 30, 2021

P/S:

  1. Post ni anjang tulis 2 hari, semalam dan hari ini sbb tak sempat habiskan.
  2. ABI-Amoudi Beverage Industries.
  3. Duit Raya 1442H, MBB 151249053275
  • https://www anjangmuor com/2021/05/30/lawatan-gisbh-ke-kilang-air-di-al-jumum-mekah/ (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: