BERAYA HAJI DI HUDAIBIYAH
BERAYA HAJI DI HUDAIBIYAH
Salam Aidil Adha 1442H 2021M,
Anjang suka dakwah cara pimpinan GISBH. Simple, sesuai dengan fitrah, praktikal dan sangat relevan.
Contohnya berdakwah dengan cara mengadakan jamuan dan bersilaturahim.
Tuan Nasir ajak para kenalan solat hari raya dan menjamu selera di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah, suatu kawasan ladang ternak GISBH yang akan dibangunkan chalet dan kemudahan yang sepatutnya.
Amer, rakan kongsi GISBH di sini menawarkan staf restorannya memasak masakan Pakistan untuk jamuan. Tengok! Praktikal tak? Niat baik terus disambut oleh kawan-kawan kerana ia sesuai dengan fitrah.
Fitrah manusia suka makan-makan. Lebih-lebih lagi makanan itu sedap. Fitrah kita juga suka, pada hari raya, berkumpul, kunjung mengunjung (awas jangan lakukan di Malaysia) dan makan bersama sambil berbual mesra dan bermaaf-maafan.
Staf Amer siap demand, berapa nak bayar gaji kami bekerja di hari raya? Hai, tak boleh berlebih kurang ke?! Amer kata, tak dak gaji! Dengar macam zalim je…tapi Amer ni sporting. Aku tak bagi gaji tapi aku tambah cuti korang. Terus setuju. Lagipun masak tu, dia orang pun makan sekali, apa ada hal…
Kemudian, kawan-kawan Amer yang lain juga dijemput datang. Ada la tempat mereka beraya di musim covid ni. Dah la nak buat haji tak boleh kerana minimum bayaran SAR12K, mana nak korek?! Kos iqamah lagi. Yang cuba-cuba buat haji tanpa permit boleh ditangkap dan saman on the spot SAR10K. Bayangkan, jemaah haji hanya 60K orang, tentera yang dikerah operasi cari dan tangkap mereka yang melanggar peraturan haji korang rasa berapa ramai? 45K orang, hihihi ada berani ka? Jadi dapat beraya bersama pun dah satu nikmat.
Dakwah pimpinan GISBH ni anjang kata simple sebab dengan cara begini, mudah-mudah je dapat satukan pelbagai bangsa dan negara. Hani dan Bandar datang,
Dua-dua orang Saudi. Hani siap bawa coklat untuk diagih-agihkan. Yang peliknya dia tak pernah tau apa itu labu, jenuh nak pelawa dia makan, bila cuba baru dia tau… Bandar pula mencuba rendang raya.
Amer dan kawan-kawan Pakistan paling ramai datang. Mereka nampak tenang je. Mungkin sedih dah lama tak balik kampung. Yang kalut sikit yang berada di dapur. Mantap la masakan biriyani, lauk daging dan Youghut pudina mereka. GISBH sendiri telah siapkan rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, sate ayam, mi hun sup, malah ada lemang lagi. Terasa kemesraan dan persaudaraan, itulah dakwah. Hati bertaut dan semakin lunak. Mana korang suka, dakwah membawa segala nas Al-Quran Hadis tapi pendakwahnya tak menyantuni korang, dengan dakwah cara praktikal, jamu makan, layan tamu, berbual-bual. Ada masalah selesaikan.
Ada dua orang Afghanistan join bersama. Mikraj dan seorang Pak Cik yang dah lebih 70 tahun umurnya. Bila dihidang makanan, pak cik yang bernama Abdul Mannan tu respon, “sejak 70 tahun, tiada orang hidangkan dia makan seperti orang Melayu GISBH hidang.” Bila pekena sup resepi Tuan Nasir, dia kata; “dah 20 tahun tak rasa sup sesedap ini.” Anjang perkenalkan dia dengan DrHesham Elerian, Pakar bedah jantung, rakan baik GISBH di sini berasal dari Mesir. Terus Pak Cik Mannan mengadu dia telah 2 kali operation jantung dan Dr Hesham dengan rendah hati terus bersedia membantu. Inilah dakwah paling praktikal yang anjang tengok, sambil kunyah-kunyah buah aprikot, dua rumpun bersaudara bersatu dan bekerjasama.
Dr Hesham sendiri bawa bersama sepupunya seorang jurutera yang seumur hidup tidak pernah bertemu dengan orang Malaysia. Sedangkan “Misr Ummud dunia wa Malezia abuha”.. Hahaha
Raya kali ni takbir, solat, khutbah dan makan-makan je. Tak dan nak buka serban, terus makan, maklumlah raya haji, dari Subuh tak pekena apa-apa. Tak dak show nasyid dan live halwa telinga sebab semua RPU pergi sembelih korban. Bukan sikit nak selesaikan 4 hari ni. Kambing atau biri-biri je 141 ekor. Unta 4 ekor. Sebahagiannya terus buat jamuan, ada yang diagih-agihkan ada yang diwrap dengan plastik wrapper dalam bentuk karkas dan disimpan di cold room.
Cabarannya, nak cuci perut untuk ambil babat. Kalau ada sungai, mudah la. Sini kena beli air berlori-lori. Mujurlah satu lori cuma SAR9 aje sebab guna lori sendiri.
So, bestkan dakwah cara pimpinan GISBH ni? Anjang banyak belajar dari meraka. Orang Malaysia seorang je yang datang, Sufi yang dah lama jadi kenalan kami. Dato’ Lokman berbual lama dengannya. Beratus-ratus ekor juga dia uruskan korban tahun ni.
Jadi Malaysia, Indonesia, Pakistan, Saudi, Mesir dan Afghanistan bersama-sama merayakan Aidil Adha penuh harmoni di ladang unta GISBH Hudaibiyah. Moga Allah kuatkan Islam dengan bersatunya umat Islam.
Vila GISBH Mekah
8.48am, Jul 21, 2021
P/s Nasi yang team Amer masak untuk 60 orang. Kawan-kawan dia datang dalam 30 orang. Dah semua tetamu dan kami makan masih ada banyak berlebih. GISBH bungkuskan dan diagih-agihkan kepada penduduk miskin di Nakasah sebagai ‘Nasi Sabil’. Alhamdulillah rezeki Allah dikongsi bersama.