AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Kisah Berkhidmat Dengan Burung Gagak

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Covid-19 adalah ujian daripada Allah Taala. Ujian yang menimpa semua kita. Mudah menjangkit dan tersebar. Apabila terkena, sakitnya membuatkan kita menderita kerana menganggu paru-paru dan sistem pernafasan. Deria bau hilang. Demam. Selera makan tiada. Sakit seluruh badan dan sendi-sendi. Batuk yang sukar berhenti. Oksigen kurang di paru-paru hingga memerlukan bantuan pernafasan. Varian-varian baru pula lagi cepat bertindak hingga membawa kematian.

sakit adalah ujian. Di tambah kena kurungan. PKP. Duduk di rumah. Tak boleh bekerja. Gaji tiada. Pendapatan tak ada. Sewa rumah perlu bayar. Hari-hari perlu makan, minum, susu, pampers. Bulanan kereta sudah tertunggak. Begitu juga pinjaman dan hutang itu dan ini. Ramai yang kena buang kerja kerana bisnes ‘bungkus’. Semua itu ujian.

Yakinlah, setiap kesusahan akan berakhir. InsyaAllah, kehidupan biasa seperti sebelum ini akan kembali. Berjanjilah untuk bersyukur atas segala nikmat-nikmatNya. Tidak sombong dan kufur nikmat Allah.

Lihatlah Allah muliakan ayah Syeikh Sulaiman bila dia didik anak perempuannya agar berkhidmat dengan siapa sahaja hatta burung gagak sekalipun kerana mereka adalah makhluk Allah jua. Lalu Allah muliakan dengan hadirnya seorang gadis Austria berusia 21 kepada anaknya untuk diislamkan. Sesungguhnya jika ada seorang mendapat hidayah untuk memeluk Islam melalui diri kita sebagai sebabnya, ia lebih baik dari seluruh dunia dan isinya.

vila GISBH Mekah

12.00am, Ogos 5, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *