AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Maulid Nabi Bahasa Melayu

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Jika seseorang mengucapkan doa “Selamat ulang tahun kelahiran” atau “Salam Eid Milad” kepada anda di hari kelahiran anda, apa perasaan anda? Sebagai manusia normal, apa perasaan anda? Sudah tentu ada perasaan gembira kerana terasa dihargai. Ada orang yang ingat tarikh lahir kita. Betapa kalau dia memberi hadiah atau ada yang berkumpul meraikan majlis khusus untuk kita. Mungkin kita rasa malu kerana rasa tidak layak diraikan tapi sebagai manusia biasa, kita tetap menghargai orang yang sudi mengingati tarikh lahir kita.

Apa perasaan anda pula kalau ada orang yang benarkan anda meraikan hari kelahiran orang yang anda cintai? Anda bukan sahaja dihina malah dituduh syirik hanya kerana ingin meraikan ulang tahun kelahiran seorang yang anda cintai sedangkan orang itu bukan ibu, bukan bapa, bukan isteri, bukan suami, bukan anak anda tetapi Nabi anda yang berjasa menjadi rahmat ke sekelian alam?

Demi Allah meraikan ulang tahun kelahiran Nabi Besar Muhammad sebenarnya tak perlu kepada apa-apa dalil tetapi sebagai mengambil keberkatan ulama, mari kita bawa hujah-hujah mereka untuk menambah kekuatan di jiwa.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

“Katakanlah, dengan anugerah Allah dan rahmatNya (Nabi Muhammad SAW) hendaklah mereka menyambut dengan senang gembira”.

Berdasarkan firman Allah SWT pada Surat Yunus Ayat 58 tersebut, bergembira dengan dengan adanya Nabi Muhammad SAW ini dianjurkan menurut Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani. 

Diceritakan dalam kitab Fathul Bari karangan al- Hafiz Ibnu Hajar al-Asqolani, Abu Lahab mendapatkan keringanan siksa setiap hari Isnin kerana dia bergembira ketika kelahiran Rasulullah SAW.

Hal Ini membuktikan manfaat yang sangat luar biasa yang diberikan kerana bergembira atas kelahiran Rasulullah SAW, tidak hanya umat Islam, bahkan orang kafir pun dapat menikmatinya.

Pos kali ini anjang nak kongsikan video bacaan Maulid Nabi dalam Bahasa Melayu yang kami adakan di vila GISBH Mekah pada 12hb Rabiul Awwal 1443H. Bacaan ini amat sesuai diulang dengar oleh semua kita kerana ia ringkas dan mudah difahami juga diingati.

Anjang juga ingin kongsikan sambutan Maulidurrasul di Patani, Selatan Thailand yang unik dengan perarakan panjang berkenderaan, ada yang menunggang gajah dan kuda. Moga Allah berkati semua umat Muhammad berkat Nabi Muhammad SAW. 

Vila GISBH Mekah

2.25pm, Okt 21, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *