AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL GISBH EROPAH, DUTA BARU MALAYSIA KE PERANCIS

Kongsikan kepada yang lain
Share

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL GISBH EROPAH, DUTA BARU MALAYSIA KE PERANCIS.

Sempena ketibaan duta baru Malaysia ke Perancis, Dato Zamruni Khalid, wakil-wakil GISBH telah membuat kunjungan hormat di pejabat beliau di Kedutaan Besar Malaysia, Paris, Perancis.
Pejabat ini terletak kira-kira 30km dari Rumah Tetamu GISBH Perancis dan kunjungan ini dibuat pada hari Isnin, 25 Okt 2021 yang lalu.

TYT Dato’ berumur 53 tahun, berasal dari Kuala Terengganu dan pernah bertugas di Hanoi (Vietnam), Paris (Perancis) dan New York (USA). Jawatan terakhir beliau sebelum menjadi duta di Perancis ialah Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Perhubungan Luar Negeri.

GISBH diwakili oleh En Tuan Fakhruddin Tuan Nordin dan En Mohd Adlan Mohd Ali. TYT menyambut wakil-wakil GISBH secara ‘formal’ tetapi tetap mesra dan banyak bertanya.

Antaranya TYT Dato’ Duta banyak bertanyakan berkenaan staf dan aktiviti-aktiviti GISB di Perancis.

Wakil GISBH mengambil peluang memberi penerangan mengenai aktiviti-aktiviti di Perancis juga diselitkan aktiviti GISBH di Eropah dan Malaysia secara umum.

Selain itu diceritakan juga mengenai pembangunan remaja khususnya insaniah mereka dan peranan mereka dalam GISB.

Disampaikan juga kepada beliau, Tuan Nasiruddin adalah Pengerusi Eksekutif dan juga Pengarah Zon untuk operasi di Eropah dan En Fakhruddin sebagai Setiausaha Zon GISBH Eropah.

Perbincangan juga meragkumi perkembangan politik semasa di Perancis dan lawatan Menteri Luar Dato’ Saifuddin Abdullah ke GISB Indonesia juga hasratnya menjalinkan hubungan ‘Strategic Partnership’ dengan dengan GISBH.

Wakil GISBH sampaikan juga respon mantan Duta, Dato Dr Azfar yg mengatakan ketika dia menjadi Duta Perancis, hubungan ‘Strategic Partnership’ telah dijalinkan terlebih dahulu dengan GISB sebelum kenyataan Menteri Luar Negeri.

Pihak GISBH juga berkongsi mengenai kerjasama GISBH di dalam beberapa acara dan majlis yg dianjurkan pihak Kedutaan ketika Dato Dr Azfar menjadi Duta.

TYY Dato’ Duta sambut baik hasrat GISBH untuk teruskan hubungan ‘Strategic Partnership’ dengan pihak kedutaan.

Wakil GISBH mengambil peluang mempelawa beliau ke Restoran GISBH di sini dan beliau mengatakan, InsyaAllah akan datang cuma sekarang masih sibuk menerima kunjungan dan membuat lawatan-lawatan.

Apabila ditayangkan video profile GISBH dan Dato Duta menumpukan perhatian dan tertarik dengan pembuatan mi. Wakil GISBH menyatakan yang di Paris pun, GISBH mengusahakan mi kuning sendiri malah pelanggan di café dan di pasar lebih suka mi GISBH kerana rasa yg berbeza drpd spaghetti. Kalau di pasar, setiap kali GISBH gunakan 20kg mi kuning untuk buat mi goreng.

Sebelum berpisah, pihak GISBH menghadiahkan sedikit cenderahati berupa produk frozen kepada beliau.

Moga Allah dikuatkan lagi perhubungan GISBH Perancis dengan pihak Kedutaan demi Agama Islam yang mulia ini.

Aamiin.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *