Global Ikhwan Foundation Thailand (GIFT) membantu mangsa banjir di Ayuttaya

Kongsikan kepada yang lain
Share

Global Ikhwan Foundation Thailand (GIFT) membantu mangsa banjir di Ayuttaya

Global Ikhwan Foundation Thailand (GIFT) melalui Biro Perkhidmatan Zon Thailand 1 Bangkok telah turut sama di dalam Majlis Memberi Bantuan kepada mangsa banjir di wilayah Ayuttaya.

Turut sama di dalam majlis ini ialah Yayasan Nida, Majlis Syeikhul Islam Thailand dan lain-lain NGO Islam. GIFT turut sama memberi bantuan sebanyak 300 set produk bakeri yang dimasukkan dalam hamper bantuan.

RPU Bangkok pula turut terlibat membantu mengangkut dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Moga segala kerjasama yang dilakukan akan menambah eratkan hubungan yang sedia terjalin di antara GIFT dengan NGO Islam yang lain dan Majlis Syeikhul Islam Thailand juga meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Sesungguhnya semua yang Allah lakukan penuh dengan hikmah yang tersembunyi. Sabar dan redha dari hamba-hambaNya InsyaAllah menjadi sebab pengampunan dan rahmatNya turun mencurah-curah. Aamiin ya Allah.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *