Show GH di Pavilion Indonesia, EXPO Dubai 2020

Show GH di Pavilion Indonesia, EXPO Dubai 2020
- Indonesia adalah negara jiran serumpun yang sangat dekat di hati kita. Banyak persamaan di antara rakyat kedua negara Indonesia dan Malaysia.
 - Menjadi tradisi setiap Perdana Menteri baru Malaysia akan membuat lawatan rasmi ke Republik Indonesia sebelum melawat ke lain negara.
 - Di EXPO Dubai 2020, Team Kebudayaan GISBH iaitu Generasi Harapan ingin membantu Kementerian Luar Malaysia dengan mengadakan hubungan dan kerjasama dengan Pavilion Indonesia di sini.
 - Pada 27hb Nov 2021, atas nama kerjasama Kebudayaan, GH diberi izin untuk mengadakan persembahan kepada orang ramai di pentas betul-betul di pintu masuk Pavilion Indonesia.
 - Beberapa buah nasyid telah dibawa secara live di antaranya ‘Cintailah Indonesia’.
 - Hampir 45 minit pengunjung dihiburkan dengan nasyid-nasyid yang mendidik jiwa yang memberi satu kelainan kepada semua orang.
 - Moga akan ada banyak lagi Pavilion yang sedia bekerjasama dengan Generasi Harapan untuk sama-sama berkasih sayang sesama manusia.
 - Kasih sayang adalah kunci perpaduan sejagat dan ia perlu diperjuangkan.
 - Moga GISBH akan terus berperanan menyatukan hati-hati manusia walau apa agama, bangsa dan negara mereka.
 - Niat Baik GISBH hanya akan tercapai dengan izin Allah berkat doa semua dan usaha bersungguh-sungguh lahir dan roh.
 
Vila GISBH Sarjah
12.13 pm, Nov 29, 2021
