Pengasas Cap Kipas Udang meninggal dunia

Kongsikan kepada yang lain
Share
Salah seorang pekerja di kilang Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd. 

JOHOR BAHRU: Pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada pukul  9.15 pagi tadi di kediamannya di Larkin Jaya, di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham Lambak, 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari tadi, kata cucunya Amiza Abdul Aziz.

“Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu, tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk kicap Habhal’s  yang menjadi pilihan ramai.

Kredit: AstroAwani

AM: Kicap Kipas Udang atau Habhal’s memang tak asing lagi. Potong cili dan bawang, tuang kicap Habhal, perah limau kasturi sudah cukup untuk dijadikan cicah tempe goreng, tauhu goreng atau ikan cencaru kukus. Digandingkan dengan nasi masak lembik yang panas-panas. Tapi perjalanan hidup sesiapa pun sudah ada noktahnya. Hari ini pengasas produk kicap terkenal ini pergi menemui Ilahi. Entah esok, entah lusa giliran kita pula. Allah panjangkan usia beliau untuk berbakti kepada anak bangsa dengan produknya yang berkualiti. Moga kita dapat berbakti untuk agama, bangsa dan negara dan dipanjangkan usia.

Villa Melaka

8.32pm, Mei 12, 2020

  • https://www anjangmuor com/2020/05/12/pengasas-cap-kipas-udang-meninggal-dunia/#comment-117413 (4)

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Pengasas Cap Kipas Udang meninggal dunia

  • May 14, 2020 at 10:05 pm
    Permalink

    Al fatihah untuk Datuk Lambak Mohamed

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: