MEMBAZIR JE BELI MOTOR BESAR!

Kongsikan kepada yang lain
Share

MEMBAZIR JE BELI MOTOR BESAR

“Membazir je beli motor besar, duit banyak tu beri makan orang miskin lebih banyak manfaat!”

  1. GISBH bergerak dengan tema; Silaturrahim: Ziarah, Dakwah, Tijarah. Buat perhubungan untuk bersilaturahim. Lakukan ziarah kepada umat Islam seluruh dunia sambil berdakwah. Jika ada peluang buka projek Tijarah/perniagaan untuk teruskan perhubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat dan berdakwah.
  2. Asas dakwahnya ialah, yang bukan Islam hendak di islamkan. Yang memang Muslim hendak ditingkatkan keislaman mereka.
  3. Dakwah itu mengajak, memujuk, mempengaruhi sasaran. Antara teknik dakwah yang baik ialah ia dibuat mengikut kesesuaian orang yang didakwah atau kesukaannya. Umpama orang memikat burung merbuk, digunakan denaknya juga burung merbuk yang indah siulannya. Pemikat ayam hutan menggunakan ayam hutan yang tajam kokoknya untuk mencabar ayam hutan liar. Maka dengan tarikan tersebut dengan mudah menarik sasaran. Simple kan ideanya. Bagi orang yang boleh berfikir dan tak ada penyakit hasad dengki.
  4. Begitu juga motor besar. Jangan samakan niat membeli motor besar dalam GISBH dengan orang lain. Takkan nak mendekati golongan motor besar RPU guna kap cai je atau ysuku je. Dah tak cerdik, jangan jadi 3 suku pulak. Nak pikat Merbah Jambul guna Ciak Rumah, tak kan dapatnya.
  5. Nabi Sulaiman AS ketika menjemput Siti Balqis memasuki istana di Palestin, memperlihatkan sebuah istana yang jauh lebih mewah dari yang Balqis sangkakan hingga menginsafkan dirinya.

Firman Allah:
قِيۡلَ لَهَا ادۡخُلِى الصَّرۡحَ‌ ۚ فَلَمَّا رَاَتۡهُ حَسِبَـتۡهُ لُـجَّةً وَّكَشَفَتۡ عَنۡ سَاقَيۡهَا ‌ؕ قَالَ اِنَّهٗ صَرۡحٌ مُّمَرَّدٌ مِّنۡ قَوَارِيۡرَ ؕ قَالَتۡ رَبِّ اِنِّىۡ ظَلَمۡتُ نَـفۡسِىۡ وَ اَسۡلَمۡتُ مَعَ سُلَيۡمٰنَ لِلّٰهِ رَبِّ
الۡعٰلَمِيۡنَ
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana ini.” Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, lalu dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca”. (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam “.

  1. Tak ada sesiapa mengatakan Nabi Sulaiman membazir. Sama sekali tidak. Nabi ni. Bahkan ia satu keperluan. Siapa yang tahu keperluannya? Nabi Sulaiman lebih tahu sebab strategi dakwah itu darinya.
  2. Strategi dakwah bermotor besar ni satu keperluan, pimpinan GISBH lebih memahaminya dan ia telah memberi kesan kepada beberapa golongan. Ia sangat berharga. Almarhum Ustaz Ashaari pernah berkata, demi mengajak orang pada Islam, belanja RM1juta pun tak mengapa sesuai dengan sabda Nabi SAW:
    وقال – صلى الله عليه وسلم – لما بعث معاذاً إلى اليمن لأن يهدى الله بك رجلاً واحداً خير لك من الدنيا وما فيها
    Dan sabda Nabi ﷺ ketika mana baginda mengutus Saidina Muaz ke Yaman:
    Seorang lelaki yang diberi hidayah oleh Allah dengan sebab kamu lebih baik bagimu dari dunia dan isinya.
  3. Menjadi sebab seseorang mendapat hidayah Allah bukan lebih mahal daripada H2R Ninja Kawasaki RM260K malah ia lebih berharga dari dunia dan seisinya!
  4. Memberi makan orang yang memerlukan memang aktiviti GISBH. Melalui program Dapur Prihatin Bersama, sepanjang Julai 2021 sahaja total nilai yang GISBH belanjakan untuk pengedaran pek makanan DPB kepada mereka yang memerlukan melebihi RM500,000.00 @ setengah juta. Ini tak termasuk pemberian bahan keperluan asas.
  5. Oleh itu bagi mereka yang tak mampu berdakwah cara begini, teruskanlah berdakwah setakat yang kita mampu. Kalau dengan jual Sport Rim, ramai dapat hidayah melalui kita, teruskanlah, tak perlu sibuk dengan urusan orang lain yang jelas tahap IQ kita tak mampu memahaminya.
  6. Kalau kita tak mampu beri makan ribuan mangsa covid-19, takuti Allah dari memfitnah GISBH masukkan bendasing dalam makanan. Macam dah bangkrap modal untuk fitnah.

Ampun maaf dari anjang.

Restoran NM Mekah
8.26am, Ogos 29, 2021

  • H2R Rpu (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: