Show Hadrah di Majlis Penutup Ijtima’ Dubai & Jelajah Negara2 Teluk

Kongsikan kepada yang lain
Share

Show Hadrah di Majlis Penutup Ijtima’ Dubai & Jelajah Negara2 Teluk

Salam ceria.

Di Dubai berkumpul lebih 40 orang lelaki beberapa tempat antaranya Saudi, Malaysia, Indonesia, Uzbekistan, Turki, Tajikistan. Kalau campur muslimah lebih 60 orang rasanya. Sebahagian besarnya dari cawangan-cawangan GISBH tetapi ada juga yang bukan seperti Abu Baghdad.

Program harian ialah sembahyang berjemaah, perbincangan dan perancangan, makan bersama, ziarah Makam Sahabat Nabi, melawat EXPO 2020 Dubai, makan di Restoran Nur Malaysia, berehlah di Pantai Al-Humairah, shoot video klip di pantai dan padang pasir, show di pavilion Australia, Indonesia dan Thailand. Perasmian 3 buah motorhome GISBH untuk program Jelajah Negara-negara Teluk, kenduri majlis penutup dll.

Semalam 17.12.2021, GISBH mengadakan kenduri atau majlis penutup setelah beberapa program yang dirancang telah dilaksanakan. Majlis diadakan di Vila GISBH UAE di Sarjah. Antara jemputan yang hadir ialah:

1. Mr Showkath

– Kenalan GISBH yang banyak membantu menguruskan Visa. Warga India. Beliau juga merupakan anak murid kepada Grand Mufti India. 

2. Mr Omar & Mr Yahya

– Kenalan Tuan Nasir berasal dari Palestin. Dia bersetuju dengan pendapat Tuan Nasir, musuh Islam bukan kuat tetapi umat Islam yang lemah. 

3. Abu Marwan

– Kenalan Tuan Nik Hazani. Warga tempatan, UAE. Terlibat sebagai salah seorang pengarah dalam pembinaan Burj Khalifah, bangunan tertinggi di dunia.

4. Mr Hanif & Famili

– Warga India, kenalan Tuan Nik Hazani. Apabila melihat show GH, anak saudaranya berkata, dia fikirkan jemputan itu hanya makan-makan dalam rumah. Apabila melihat persiapan dan show yang dibuat, dengan rasa sikit terkilan, dia kata, kalau aku tahu program sebegini, aku dah bawa team untuk membuat rakaman.

5. Baba Ibrahim & keluarga

– Jiran sebelah kiri Villa yang rasa bahagia berjiran dengan GISBH.

6. Mr Soleh & keluarga. 

– Jiran hadapan Villa. Mulanya agak kekok berbual dan tak pandai makan masakan Malaysia kerana faktor umur, mungkin tak biasa. Tetapi bila lihat persembahan silat dan hadrah, terus keluarkan Hpnya merakam semua show. Ketika Tuan Nasir berterima kasih kepada jiran-jiran dan bersyukur mendapat jiran yang baik, dia menjawab; kamu semua yang baik!!!

7. Abu Yahya, isteri dan anak-anak.

– Kenalan sama-sama rehlah di pantai dengan motorhomes. Dia menaiki pick up dan menarik caravan. Katanya, dah 3 kali GISBH belanja dia makan, lepas ni kena ziarah dan makan di rumah dia pula. Isterinya warga Magribi.

8. Hussin Telal 

– Staf Syarikat At-Telal. Dia hadiahkan Tuan Nasir sehelai jubah pattern Dubai berwarna putih. Hussin berasal dari Iraq tapi menetap di Dubai. Dia datang lewat sikit kerana hari Jumaat giliran dia menjaga anak-anaknya. Begitulah kehidupannya setelah berpisah dengan isterinya.

9. Yasser Syria

Kenalan baru kita. Kenal sebab dia bawakan Abu Baghdad yang sesat dalam expo kepada kita. Dia datang dengan adiknya Ahmad. Keluarganya masih lagi di Syria. Mereka juga ada kumpulan nasyid dan hadrah. Geng ni.

10. Datuk Razikin dan isteri

– COO sebuah syarikat yang menawarkan khidmat jual beli dan sewa menyewa private jet. Datuk meminati persembahan dari GH. Ni orang Muo ni. Kira orang kampung anjang la ni.

Majlis Penutup ini sangat meriah walaupun tidak dapat dihadiri oleh wakil-wakil dari kedutaan dan agensi kerajaan Malaysia di sini tapi ia berjaya menghimpunkan wakil-wakil dari negara UAE sendiri, Palestin, Iraq, Syria, Magribi bersama-sama berkasih sayang dan bermesra dengan pimpinan dan staf GISBH dari Malaysia. Mereka dapat rasakan indah persaudaraan ini dan sangat terharu dijemput hadir. Moga Allah ikat hati-hati kita semua dengan Allah dan rasul melalui pimpinan para pemimpin.

Dalam Motorhomes Baystar Newmar menuju tapak EXPO 2020 Dubai

3.27pm, Dis 18, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *