ANUGERAH PENGHARGAAN KEPADA GISBH OLEH UCSC

Kongsikan kepada yang lain
Share

ANUGERAH PENGHARGAAN KEPADA GISBH OLEH UCSC

Untuk kali ketiga telah diadakan majlis penganugerahan International Islamic Tourism Standard Conference and Award for Islamic Quality Standard (IQS) Rating By Universal Crescent Standard Center (UCSC), Malaysia.

Majlis telah diadakan di Mardhiyyah Hotel (sebelum ini BlueWave Hotel) di Shah Alam , bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari, 20hb December 2021.

UCSC merupakan sebuah pertubuhan yg diasaskan di Malaysia pada 2012 untuk mewujudkan satu Standard Quality yang mengikut piawaian Islam meliputi sektor perhotelan, makanan, restoran, Pelancongan dan lain-lain samada di dalam ataupun luar negara.

Dalam majlis ini , anugerah telah diberikan kepada syarikat-syarikat yang telah dinilai sebagai berjaya melaksanakan pengurusannya mengikut Islamic Quality Standard (IQS).

Anugerah telah disampaikan oleh Dato’ Dr Mohamed Razip Hj Hasan, Director General, Islamic Tourism Center, Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia, bersama-sama dengan Dr Shaya’a bin Hj Othman, Pengerusi Eksekutif,  Universal Crescent Standard Center, Malaysia.

Atas keberkatan, GISBH telah menerima 3 anugerah di dalam majlis ini, di mana ia merupakan satu-satunya syarikat yang menerima 3 anugerah sekaligus. Anugerah-anugerah tersebut ialah:

1. Islamic Quality Standard for Restaurant dianugerahkan kepada Restaurant Nur Muhammad Istanbul Turki.

2. IQS for the Contribution To The Success in Developing Business Network Locally and Internationally dianugerahkan kepada GISB Holdings Sdn Bhd.

3. Islamic Quality Standard for the Success of Pioneering The Islamic Bumiputera Own Companies 

Established Locally and Internationally dianugerahkan kepada YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISB Holdings Sdn Bhd.

Dalam perbualan ringkas sewaktu menerima anugerah tersebut sebagai mewakili YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan YH Dato’ CEO,  Dato’ Mohamed Razip bertanyakan khabar YH Dato’ CEO dan turut berkirim salam beliau kepada YH Dato’ CEO.

Moga seluruh pimpinan dan staf GISBH terus memperjuangkan cara hidup Islam dalam seluruh aspek kehidupan semata-mata kerana Allah Taska.

Sesungguhnya Allah perintahkan kita beramal, melaksanakan hablum minallah dan hablum minannas. Nanti Allah, Rasul dan orang mukmin yang akan menilainya. Telah berlalu zaman berkata-kata, kini tiba era mengkota dan membela agama pusaka peninggalan Nabi Besar Muhammad SAW. Moga kita selamat dunia dan akhirat.

Surau Restoran Nur Muhammad Istanbul 

4.48pm, Dis 20, 2021

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *