Perjalanan 2 buah Motorhomes GISBH dari Dubai ke Mekah
Salam ceria.
Dalam menyebarkan ajaran dan didikan Islam, Rasulullah SAW meminta kita berdakwah atau ‘sampaikan’ dengan sabda baginda:
بلغوا عني ولو آية
Ertinya: Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.
Baginda tak sebut:
سوسوا عنى ولوا آية
Ertinya: Bersiasahlah (berpolitiklah) tentang ajaranku walaupun satu ayat.
Datuk nenek kita dulu masuk Islam bukan kerana usaha ahli politik tapi kerana usaha pendakwah. Sebab itulah usaha dakwah sangat perlu digiatkan.
Apabila ada kesungguhan dalam berdakwah, Allah akan bantu dengan macam-macam bantuan seperti wang ringgit, tenaga, kemahiran dan kepakaran juga pengaruh. Tuhan juga beri idea-idea baru agar dakwah tersebut kekal segar relevan dan mendapat tempat di hati masyarakat.
GISBH menjadikan medium perniagaan sebagai cara berdakwah untuk menarik manusia kepada Allah dan Rasul-Nya. Melalui lebih 100 buah restoran dan lain-lain perniagaan dan perkhidmatan di 17 buah negara GISBH cuba membawa cara hidup Islam di tengah masyarakat. Keuntungan berniaga bukan matlamat utama tetapi usaha memperkenalkan Allah dan syariatNya itulah paling utama.
Tuan Nasiruddin pula melancarkan apa yang disebut “Silaturrahim; Ziarah-Dakwah-Tijarah” untuk meneroka seluruh pelusuk dunia mencari umat Islam yang hati mereka masih kuat mencintai Rasulullah SAW. Ia umpama mengumpul bara-bara api Islam untuk dinyalakan agar ia kembali menerangi kegelapan yang membuatkan umat ini teraba-raba dan berlanggar sesama sendiri juga untuk memanaskan tubuh umat Islam yang kedinginan.
Dalam usaha yang sangat penting ini, Allah beri idea kepada Tuan Nasir untuk membeli Motorhomes untuk memaksimumkan apa yang telah dilakukan selama ini iaitu melihat hingga ke akar umbi masyarakat Islam bagaimana kehidupan mereka untuk dididik dan dibaiki dan bukan teropong dari jauh semata-mata lalu mengata dan menghukum.
Telah ada 3 Motorhomes setakat ini untuk kembara dakwah ini. Video kali ini anjang ingin mengajak pembaca menyaksikan bagaimana para RPU membawa 2 buah Motorhomes bernilai jutaan ringgit dari Dubai ke Mekah sejauh hampir 2000 km. Ya sangat jauh, dari pantai Teluk Farsi ke Pantai Laut Merah.
Jom kita saksikan dan doakan agar segala usaha ini diberkati dan dibantu Allah.
Pagi tadi saya lancarkan tabung untuk persiapan tapak agihan Jumaat Berkat di Mekah sempena usaha membuka sebuah lagi kafe terbaru GISBH di Sofwa Tower, saya ingin lanjutkan lagi masanya bagi siapa yang belum berkesempatan menyertainya boleh segera memberi saham:
TAPAK AGIHAN DAPUR PRIHATIN BERSAMA MEKAH-DBP Mekah
MBB Harun Taat
151249053275
Bilik 20, Vila GISBH Mekah
9.53pm, Jan 11, 2022