Sidang Kemuncak Pelaburan Volga dan Hari Halal Dunia

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sidang Kemuncak Pelaburan Volga dan Hari Halal Dunia dari 3-5hb Oktober 2019 mendapat liputan Akhbar berbahasa Turki ‘Ittifak’. Delegasi GISBH sangat mendapat sambutan di program kali ini bila mendapat layanan VIP dari pihak penganjur kerana sangat serius mengikuti program bertahap dunia ini walaupun baru sahaja selesai menyertai expo Halal di Sarajevo, Bosnia.

Para RPU menyahut cabaran mengambil tanggung jawab menjadi pelapis perjuangan. Yang belakang tu pun berjiwa remaja.

Moga-moga Para pimpinan GISBH terus dibantu Allah untuk memperlihatkan Islam yang sangat berwibawa Kepada masyarakat dunia dan memgharumkan nama negara.
Seperti biasa, Booth GISBH akan diserbu oleh pengunjung yang ingin mengenal Islam Sebagai Cara Hidup di samping mendapat bekalan makanan yang halalan toiyiban
Allah juga telah persiapkan melalui usaha-usaha pengasas GISB, Ustaz Ashaari Muhammad, mereka yang boleh berbahasa Rusia sejak lama dahulu memudahkan kami berkomunikasi.
Masyarakat yang tertutup selama ini khasnya Umat Islam yang sangat dikawal sekarang mendapat sedikit kebebasan dan dapat berhubung dengan Umat Islam lain dari seluruh dunia.
Melihatkan kesungguhan masyarakat Islam Rusia terhadap Islam membuatkan kita malu jika hanya memikirkan diri dan keluarga sahaja.
Makanan halal semakin di cari, jangan hanya mengulas dan memberi komentar, mari jadi pengeluar produk yang juga mengeluarkan Umat dari dosa Fardhu Kifayah

Ukhuwah mula terjalin, tudung sangat dicari. Bukan untuk keuntungan duniawi tetapi untuk Allah dan Rasul.

BERJAYA TEMBUSI PASARAN RUSIA

OLEH: NOOR AZURA SAHRIL

Perikatan strategik antara Persatuan Antarabangsa Perniagaan Islam, Rusia dan Negara-Negara CIS (IAIB), Dewan Perniagaan ASEAN (ASEAN) dan Kumpulan Mofaz akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Pelaburan Volga dan Hari Halal Dunia dari 3 hingga 5 Oktober di Wilayah Samara, Rusia.

Presiden Kumpulan Mofaz, Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, ini merupakan kali pertama kelulusan diberikan oleh Kerajaan Rusia bagi membangunkan hubungan perniagaan dan pelaburan berdasarkan prinsip amalan Islam di Rusia dengan  Negara Komanwel, Asean serta seluruh dunia.

“Ini adalah penghormatan dan kepercayaan yang diberikan oleh IAIB, Rusia dan Dewan Perniagaan ASEAN kepada Kumpulan Mofaz untuk menjadi jambatan bagi menyusun kerjasama antara semua negara ini.

“Bagi delegasi ini, seramai 60 peserta daripada 20 syarikat dengan pelbagai produk dan perkhidmatan akan menyertai sidang kemuncak ini.

“Ia adalah permulaan yang baik untuk kami meneroka pasaran antarabangsa,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Sidang Kemuncak Pelaburan Volga dan Hari Halal Dunia adalah dua peristiwa antarabangsa berskala besar yang Rusia tawarkan di pasaran produk halal.

Menurut Mohamed Fauzy, Kerajaan Rusia berminat untuk menyokong pengeluar halal, kerana terdapat hampir 30 juta orang Islam di sana.

“Semakin ramai pelancong dari Arab Saudi. Ini menunjukkan peningkatan infrastruktur halal, lebih banyak hotel, restoran dan kafe memperkenalkan menu halal, menyediakan penginapan mengikut piawaian halal.

“Terdapat syarikat antarabangsa, yang merancang untuk memulakan pembinaan hotel halal di Rusia. Infrastruktur sedemikian bermakna mempunyai asas pelanggan tambahan dan pendapatan tambahan untuk perniagaan dan negeri.

“Semakin banyak perhatian kerajaan berikan kepada isu halal dan menguntungkan untuk negara,” katanya.

Beliau juga berkata, persijilan Halal merupakan isu penting di Rusia, di mana Agensi Persekutuan bagi Peraturan Teknikal dan Metrologi telah mendaftarkan lembaga persijilan untuk produk dan perkhidmatan Halal.

“Ia sedang membangunkan piawaian kebangsaan bagi produk halal yang akan digunakan oleh badan pensijilan di seluruh negara. Ini adalah kelebihan utama dan sokongan untuk industri halal, kerana standard bersatu akan memudahkan eksport produk Rusia,” katanya.

Kredit: bisnessinar.com

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Sidang Kemuncak Pelaburan Volga dan Hari Halal Dunia

  • October 4, 2019 at 3:31 am
    Permalink

    Alhamdullillah…
    Syukur dan tahniah atas kejayaan ini
    Hubungi 01117554828

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *