Masuk Syria…

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Jom masuk Syria… Eish tak bahaya ke? Hudud (border) dah buka ke? Aman ke? Bahaya tu, bukan kedutaan je tak ada, konsulat pun tak ada lagi.

Anjang pernah bertugas di Syria. Banyak tahun juga. Bermula tahun 2005. Pernah duduk di Baremkeh. Pastu Ruknuddin. Pastu Sahah Syamdin tak jauh dari Masjid Labu. Pelajar Malaysia panggil Masjid Labu sebab kubah dia sebiji macam bentuk labu. Muslimah pernah tinggal di Muhajirin.

En Hafiz di belakang

Tahun 2012 kami keluar. Tutup dua kafe kecil di Sahah Maisat, dekat Jami’ Abu Noor sebab krisis atau perang saudara yang berpanjangan di Syria. Sejak itu, inilah kali pertama anjang masuk. Perang memisahkan kami dengan kenalan dan simpati di Syria. Allah ada berbagai cara mendidik umat ini agar kembali padaNya.

Dengan Emir Hasan otw sempadan Syria

Amik teksi dari Amman. Bertolak awal pagi. Anjang bertujuh dengan En Hafiz. Ada kanak-kanak. 2 orang remaja pula naik bas. Di imigresen Jordan, kenderaan tak banyak sangat. Jam 9 sampai terus berurusan tapi lama juga nak siap. Ada masanya komputer tergendala. Adik Hamudeh datang membantu. Itulah kelebihan mempunyai ramai kawan. Selesai cop dan bayar cukai keluar, kami terus gerak ke Syria. Sewa teksi boleh tahan juga, JD100. Tapi dia akan tunggu sampai urusan selesai, naik bas takut ada masalah. Remaja yang naik bas hanya bayar tambang JD10 je. Cukai keluar pula JD10 seorang. Kalau ada over stay, kena selesaikan dulu. 1 hari dendanya JD1.5. Rate JD sekarang dalam JD1=RM6. Terasa mahalnya…

Selesai berurusan di imigresen Jordan, kami menghala ke border Syria. Hati mula berdebar-debar…

Airport Athens, Greece

7.48am, Okt 4, 2019

Air port Athens, Greece

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *