Sila klik gambar untuk videoSebuah restoran lagi milik GISBH, kali ini di Asia TengahAneka juadah selera Malaysia. InsyaAllah halalan toiyibanIslam yang diperjuangkan dengan indah akan menarik hati semua orang walaupun si mulhid.Kawasan bancuh air yang luasDapur yang luas membantu memudahkan penyediaan makananMemberi kasih sayang kepada pelanggan sebenarnya banyak bermula di dapur bilamana para chef sendiri masak dengan penuh ikhlas dengan niat memberi khidmat kepada seluruh manusia.InsyaAllah dengan sokongan semua orang Islam dari Alam Melayu akan membawa Islam contoh di Uzbek menerusi medium perniagaan.
Boleh memuatkan 180 orang dalam satu masa.Allah itu cantik, Dia sukakan kecantikan.Kebersihan itu lambang keimanan.
Restoran ini mempunyai 3 buah bilik VIPIa memudahkan mana-mana pihak untuk mengadakan perbincangan atau programSedia memberi khidmat kepada para pelanggan secara peribadi atau grouping.Antara keuntungan berniaga kerana Allah ialah hati manusia kembali yakin kebenaran dan keindahan Islam.Para pelanggan adalah tetamu kami yang wajib kami layani dengan sebaiknya.Allah izinkan, dengan niat hendak membela agamaNya, Allah ‘berikan’ restoran yang amat cantik begini.Kerusi yang banyak dengan meja panjang menanti events menarik daripada para pelanggan
Kalau anda berkunjung ke Tashkent, jangan lupa singgah ke Restoran Nur Malaysia Tashkent.
Dengan panduan berterusan dari YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali, para RPU di Tashkent yang diterajui oleh En Muhammad Abbaad bin Asaari berumur 22 tahun yang merupakan anak ke 38 pengasas GISBH, Ustaz Asaari Muhammad telah memulakan pencarian premis yang sesuai untuk menjadi restoran pertama GISBH di Asia Tengah dengan usaha-usaha mencari keberkatan para Aulia’ Allah.
En Muhammad Abbad Asaari, penama Restoran Nur Malaysia Tashkent dengan pemuda Uzbek yang banyak membantu GISBH.
Usaha-usaha berterusan secara kolektif bersama panduan dan teguran membawa kepada pertemuan dengan tuan kafe yang sangat sayangkan pimpinan GISBH.
Tuan Restoran Nur Malaysia Tashkent yang sangat sayangkan Tuan Nasir.
Perbincangan demi perbincangan dibuat demi membangunkan sebuah projek atas nama Allah yang moga-moga menjadi sebab ramai manusia mendapat hidayah dan taufik dari Allah. Dapat jadikan Islam sebagai cara hidup.
Owner Kafe dan para remaja Uzbek yang banyak membantu GISBH. Setelah iman, ukhuwah atau kasih sayang adalah kekuatan. Kalau tidak dapat membantu pembangunan Islam, jangan pula jadi batu api menghasut umat Islam membenci kemajuan yang dibawa oleh saudara seislam kita.
Moga Muhammad Abbad dan para RPU Tashkent terus sukses, diberkati dan mendapat bantuan Allah dalam setiap usaha mereka.
Pingback: Besar Juga Jasa Bung Karno – AnjangMuor's Travelog