AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

GISBH di St. Petersburg, Rusia. Il

Kongsikan kepada yang lain
Share

Hari ini, sebahagian dari Ahli Lembaga Penasihat GISBH terdiri daripada YBhg Tuan Hasnan Abd Hamid, Tuan Mohd Fadhil Yasin, Tuan Mohd Azral Mohd Noor, Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman dan penterjemah GISBH En. Rizal berada di St. Petersburg, Rusia.

Melalui Shamil (IAIB) pimpinan GISBH dibawa bertemu dengan Director syarikat JSC ” BARS” (Mr.Yuri) yang menjalankan kegiatan membuat kapal (khususnya kapal selam) di St.Petersburg, di bengkelnya.

Mr. Yuri sebelah YBhg Tuan Hasnan

Para pimpinan GISBH diperkenalkan kepada Mr. Yuri. Mr. Yuri mengatakan mereka suka berurusan dengan orang yang jujur. Sebelum ini ada orang-orang dari China yang ingin berurusan dengan mereka pun mereka tak layan. Malangnya rombongan tidak dibenarkan mengambil gambar dalam bengkel mereka kerana banyak yang dirahsiakan.

Syarikat mereka sebelum ini banyak membuat kapal perang dan kapal selam untuk tentera Rusia. Mempunyai 3500 orang tenaga pakar dalam pelbagai bidang yang membolehkan mereka membuat apa saja yang ditempah antaranya, kapal, kapal perang, kapal selam, roket, kereta kebal, keretapi laju dan lain-lain.

Wakil-wakil GISBH kemudiannya ditayangkan gambar kapal selam pelancongan untuk 40 penumpang yang boleh menyelam di kedalaman 50m dan menggunakan kuasa letrik (bateri) dan boleh beroperasi antara 10 ke 12 jam sebelum bateri perlu dicas.

Mr. Yuri sudah 10 kali ke Malaysia dan pernah terlibat dengan LIMA (Langkawi). Dia berhasrat agar GISBH dapat membantu memasarkan produk-produknya.

Seterusnya Para pimpinan GISBH di bawa bertemu dengan Mr. Vladimir seorang warga Rusia yang menjadi Konsul El Salvador di St.Petersburg.

Mr. Vladimir pernah menjawat jawatan dalam kerajaan dan beliau adalah seorang jurutera. Para wakil GISBH bertemunya di pejabat Konsulat El Salvador yang dibiayai oleh duitnya sendiri untuk membantu seramai 700 orang pelajar universiti El Salvador yang belajar di St.Petersburg.

Konsulat El Salvador ini berjiran dengan pejabat IAIB cawangan St.Petersburg dan orang-orang IAIB sangat rapat dengan Mr.Vladimir. Pimpinan GISBH mengambil peluang bertanyakan cara-cara untuk membuka perniagaan khususnya restoran di Rusia.

Beliau memberi penerangan yang diperlukan dan di akhir perbincangan, team IAIB meminta para pimpinan GISBH menyenaraikan apa-apa keperluan dan hasrat GISBH di Rusia dan mereka akan bantu untuk jayakan.

Kata mereka Mr.Marat Kabayev yang minta begitu. Sepanjang keberadaan rombongan GISBH di Kazan dan St.Petersburg, Mr. Marat sentiasa menelefon orang-orangnya untuk memastikan rombongan GISBH dilayan dengan baik.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

3 thoughts on “GISBH di St. Petersburg, Rusia. Il

  • MOHAMED BIN ISMAIL

    Sangat berminat dgn GISBH dan jika boleh ingin menjadi ahli GISBH.

    Reply
  • MOHD IKRAMMULLAH BIN HASSAN SALLEH

    syukran Tuan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *