AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Tuan Nasir di Ladang Kurma Sahabat Nabi SAW

Kongsikan kepada yang lain
Share
Klik gambar untuk video

Ziarah YBhg Tuan Nasiruddin dan rombongan ke ladang (mazraah) Alausiah di Masjid Quba, Madinah al Munawwarah.

Ladang kurma ini betul-betul di hadapan masjid Quba’. Apabila mendengar usaha-usaha GISBH membangunkan pendidikan remaja, membangunkan perusahaan dan perniagaan bukan bermatlamatkan keuntungan semata-mata bahkan untuk menunaikan Fardhu Kifayah, owner ladang kurma ini berminat untuk bekerjasama dengan GISBH dalam mengusahakan ladang kurma ini.

Tanah ladang kurma ini sangat berkat kerana Rasulullah SAW pernah berada diatasnya, Saiyidina Abu Bakar, Umar, Osman dll. Kisah-kisah Rasulullah SAW pernah gunakan telaga ini banyak kami dengari dari mereka.

Ladang ini ialah ladang berkat Para Sahabat iaitu 3 orang Sahabat yang tidak ikut perang ke Medan Tabuk yang kemudiannya Rasulullah SAW dan para Sahabat memboikot mereka selama 50 hari, tak bertegur sapa termasuk isteri mereka sendiri. Hanya siapkan makan minum tetapi tidak berjumpa atau bersama sehingga mereka bertaubat dan Allah ampunkan mereka setelah 50 hari. Ketika sampai berita Allah menerima taubat mereka, seluruh Sahabat gembira dan menziarahi mereka. Inilah ladang Sahabat tersebut.

Sepanjang ziarah di ladang tiada cerita tentang sewa menyewa ladang atau perniagaan tetapi hanya menceritakan tentang Rasulullah SAW. Matlamat beliau sama dengan matlamat GISBH untuk memperkenalkan orang kepada kehidupan Rasulullah SAW. Oleh itu di ladang ini memang terasa seronok sangat. Dia buat agar kita rasai kehidupan Rasulullah SAW, antaranya diceritakan bagaimana keadaan kehidupan Rasulullah SAW, telaga Rasulullah SAW. Bagaimana adat-adat orang dahulu mengambil air telaga, memetik kurma. Kemudian dia terangkan tentang herba-herba, pokok-pokok yang Rasulullah SAW guna, makanan yang Rasulullah SAW makan. Semuanya di situ. Sangat dahsyat. Terdapat produk-produk dari penduduk Madinah semua produk-produk berkat seperti Produk dari batu Uhud, tasbih dari biji kurma Ajwah. Malah kurma Rasulullah SAW ini diproses menjadi gula, celak, sabun, minyak wangi, minyak wangi spray. InsyaAllah akan bertambah produk GISBH.

Syeikh Dr Hani, owner ladang ini sangat memerhatikan Tuan Nasir sepanjang lawatan tersebut. Apabila sampai ke hujung tempat lawatan, dia minta izin mengajak Tuan Nasir ke bahagian kerusi di handapan untuk penyampaian hadiah sedangkan tiada dalam perancangan awal program. Tiba-tiba semua produk-produk yang Tuan Nasir pegang, dia bayar harganya kerana produk tersebut adalah milik pengusaha Madinah. Ladang kepunyaan beliau tetapi banyak barang-barang itu kepunyaan penduduk Madinah di letakkan di ladang untuk jualan. Semua produk yang dipegang oleh Tuan Nasir dibungkus dan dibayar lalu dihadiahkan kepada Tuan Nasir.

Begitu sekali dia memuliakan Tuan Nasir.

Paling besar sekali beliau sanggup menghadiahkan kepada Tuan Nasir barang kesayangannya sendiri iaitu kelambu penutup Makam Rasulullah SAW. Semua yang hadir terkejut kerana Tuan Ladang tersebut sanggup memberi tetamu yang baru dia kenali barang yang dia sangat sayangi. Syeikh Sulaiman mengucapkan perkataan: “Futuh…Futuh.” Ini baru transit, Allah dah buat macam ini. Betapa lagi kalau kita bersungguh-sungguh membaiki diri.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *