PLP GISBH Dari Benua ke Benua dalam 10 hari

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Esok PLP GISBH YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali akan sampai ke Istanbul dari Cairo, Egypt. Atas nama perjuangan, pergerakan beliau dan seluruh pimpinan GISBH sangat pantas dan merentasi jarak yang jauh antara benua ke benua. Anjang kongsi sikit perjalanan PLP dari awal bulan Oktober ini sahaja.

3hb Oktober 2019

Tuan PLP bersama kepimpinan GISBH berada di Samara, Rusia menghadiri World Halal Day 2019

Sambutan Umat Islam terhadap GISBH di Samara di luar dugaan. Malanglah bagi mereka yang sudah lama tak keluar negara malah tidak pernah ke Rusia tetapi mempertikaikan keperluan ke Rusia….

4hb Oktober 2019

Beliau transit di Istanbul dari Rusia. Dari Asia Tengah (Benua Asia) terbang ke Eropah. (2,086 km)

Saat manis bersama para pemimpin

6hb Oktober 2019

Tuan PLP bersama pimpinan GISBH dan ramai staf menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati, Shah Alam.

Dari benua Eropah ke Asia Tenggara.

Istanbul-KL (8336.4 km)

Tak tahu la selepas berkongres, Melayu semakin bermaruah atau terus bangkrap.

10hb Oktober 2019

Tuan PLP telah berada di Madinah Al Munawwarah. Menziarahi Ladang kurma yang Rasulullah SAW dan para sahabat pernah berada di sana malah perigi yang baginda gunakan masih ada lagi serta Tuan PLP menerima hadiah dari Tuan Ladang Kurma tersebut Kain Kelambu Makam Nabi SAW.

Asia Tenggara ke Asia Barat

KL-Madinah (6,979.72 km)

Orang yang mengenali Tuan Nasir akan menghadiahkan beliau sesuatu yang layak untuk beliau.

11hb Oktober 2019

Berada di Mekah Al Mukarramah bersama staf dan simpati di sana.

Dr Hisham Pakar jantung, orang Mesir bertugas di Saudi. Bagi beliau Tuan Nasir adalah ayah dan pemimpinnya.

Hj Midon, Tukang Masak berpengalaman sangat menghormati Tuan Nasir.

12hb Oktober 2019

Tuan PLP telah berada di Kaherah, Mesir. Bertemu dengan para staf GISBH di sana.

Mekah-Mesir (1,287km) Benua Asia ke benua Afrika

Ammu Rejab, staf GISBH warga Mesir yang sangat menyayangi Tuan Nasir

Esok insyaAllah Tuan PLP akan sampai ke Istanbul.

Dari benua Afrika ke benua Eropah.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a Reply to Kamil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *