AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Trump umum ketua IS Baghdadi maut akibat bunuh diri

Kongsikan kepada yang lain
Share
Abu Bakr al-Baghdadi membunuh dirinya bersama tiga anaknya dengan meledakkan jaket sarat bahan api ketika dia cuba melarikan diri daripada tentera AS di sebuah terowong di wilayah Idlib, barat laut Syria.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Ketua IS, Abu Bakr al-Baghdadi maut dalam satu serbuan semalaman yang diketuai tentera negara itu di Syria.

Baghdadi membunuh dirinya bersama tiga anaknya dengan meledakkan jaket sarat bahan api, apabila dia cuba melarikan diri daripada tentera AS di sebuah terowong ketika serangan di wilayah Idlib di barat laut Syria.

“Malam tadi, AS membawa ketua pengganas nombor satu dunia ke muka pengadilan,” kata Trump dalam ucapan yang disiarkan di televisyen dari White House.

Kematian Baghdadi adalah kemenangan penting bagi Trump beberapa minggu selepas beliau tiba-tiba memutuskan untuk mengeluarkan tentera AS dari Syria yang mendapat kritikan pedas, termasuk daripada ahli politik Republikan yang bimbang langkah itu mungkin menyebabkan kebangkitan IS.

Hari ini, Trump berkata, hanya seekor anjing cedera dan serbuan itu tidak akan mengubah keputusannya menarik tentera AS dari Syria.

“Samseng yang berusaha menakut-nakutkan orang lain menghabiskan saat-saat akhirnya dalam ketakutan dan panik tentera AS menyerangnya.

“Dia sampai ke penghujung terowong ketika dikejar anjing kami. Dia meletupkan jaketnya, membunuh dirinya dan tiga anaknya. Badannya musnah akibat letupan itu. Runtuhan terowong itu menghempapnya.”

Trump berkata, Rusia membuka ruang udaranya untuk serbuan itu dan sekutu Kurdish memberi beberapa maklumat berguna.

Kematian Baghdadi mungkin antara pencapaian terpenting Trump dari segi keselamatan negara dan akan membantu presiden Republikan itu menunjukkan kekuatannya ketika menentang inkuiri pemecataan oleh Demokrat pada bulan lalu.

Inkuiri pemecatan itu memfokuskan permintaan Trump untuk Ukraine menyiasat seorang seteru domestiknya – Joe Biden dari Demokrat – demi kepentingan manfaat politik peribadinya.

Anak Biden, Hunter berkhidmat menganggotai lembaga pengarah sebuah syarikat gas Ukraine.

Reuters – October 27, 2019 11:31 PM

AM: Mudah je US keluar kenyataan. Sama macam cerita Usama bin Laden. Mereka yang mencipta pelakon-pelakon untuk memburukkan Islam yang sebenar. Setelah selesai satu-satu misi atau gagal satu-satu misi maka peranan itu dimatikan. Bukan semestinya pelakon itu mati, kalau mati pun mereka tak kisah. Tapi mereka boleh dakwa seseorang itu telah mati sedangkan orang yang sama telah ditukar identiti secara total dan hidup mewah hasil upah mengikut telunjuk mereka atau mendapat gaji dari ‘lakonan’ mereka selama ini. Al Baghdadi ni dah 4 kali diistihar mati. Hantu kut, mati hidup balik, mati hidup balik…

Selama ini kita tak pernah dengar ada kelompok umat Islam yang bertindak ganas seperti IS. Ajaran Islam mana entah yang mereka bawa. Sudahlah berjubah, berserban dan berjanggut, iaitu mengenakan sunnah Nabi SAW tapi memperjuangkan Islam bukan untuk membawa orang takut dan cinta Allah agar selamat dari nerakaNya tetapi membunuh umat Islam sesuka hati dengan alasan atau kefahaman yang direka-reka tentang Islam. Kalau mereka benar-benar dari pejuang Islam, mengapa tidak berani menyerang Israel dan membebaskan Palestin. Mereka tidak akan lakukan kerana tuan atau pemilik Israel dan tuan atau pemilik IS adalah individu atau kelompok yang sama.

Apa yang terjadi tindakan mereka menjadikan orang bukan Islam yang malas mengkaji membenci Islam dan umatnya. Memang itulah tujuan asal mereka. Mereka cuba menipu daya tapi Allah lebih pakar menipu mereka menjadikan Islam semakin diminati dan diberi simpati. Kita sangat yakin, Islam akan terus menang dan tidak kalah-kalah lagi. Orang Cina akan masuk Islam beramai-ramai. Seluruh Eropah akan masuk Islam, InsyaAllah. Moga Allah kabulkan doa dan permintaan kita.

Ain Deflah, Al Jazair

8.00pm, Okt 27, 2019

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *