GISBH di Kedah Halal Fest 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kedah Halal Fest baru sahaja berakhir. Ia adalah Pameran Serta Jualan Produk & Perkhidmatan Halal yang terbesar Di Negeri Kedah

Di adakan pada tarikh: 24 – 27 Oktober 2019 Dari jam 10 pagi – 10 malam. Bertempat di Perkarangan Aman Jaya Mall, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Syarikat GISBH seperti biasa menyertai program seumpama ini untuk kebaikan seluruh Umat Islam.

Pada hari ketiga, pukul 10 pagi, telah berlangsung majlis perasmian oleh YAB MB Kedah, Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir. Setelah sempurna majlis perasmian, pihak GISBH menjemput beliau untuk melawat booth GISBH dan beliau menyetujuinya.

Setelah selesai melawat beberapa booth Dewan Perniagaan Melayu, RISDA dan beberapa gerai lagi, beliau berkesempatan melawat gerai GISBH. Sebelum itu, salah seorang pegawai yang mengiringi Dato MB, membantu memberi laluan kepada Dato MB untuk masuk ke booth GISBH kerana usahawan-usahawan lain memang berebut-rebut meminta Dato MB menziarahi booth masing-masing.

Alhamdulillah GISBH berkesempatan memberi goodies bag dan juga maklumkan bahawa GISBH baru sahaja menghadiri World Halal Day di Samara, Rusia baru-baru ini. Dato’ Seri mengambil beberapa barangan Ikhwan seperti roti, coklat dan bergambar dengan produk tersebut.

Turut sama hadir di booth GISBH ialah YB Asmirul Anuar Aris dan YB Dr Ismail Salleh. Dato MB memberi respon secara spontan;

“Depa ni kat mana pun ada, dah la Ikhwan, global pulak tu. Depa dah besar.”

YB yang lain pula mengucapkan tahniah kepada GISBH. Moga GISBH akan terus menerus memberi khidmat kepada masyarakat agar kehidupan berkasih sayang dan bekerjasama semakin menjadi budaya di dalam masyarakat Islam Malaysia khasnya.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *