GISBH di Majlis Perasmian Masjid Pertama di Wilayah Mukdaharn, Thailand

Kongsikan kepada yang lain
Share

1. Syarikat GISBH yang diketuai YBhg. Tuan Muhammad bin Adam telah hadir ke Majlis Perasmian Masjid Pertama di Wilayah Mukdaharn, Thailand.

2. Majlis yang diadakan Sempena Perasmian masjid pertama di Wilayah Mukdaharn ini dimeriahkan dengan kehadirannya dianggarkan seramai 500 orang dari pelbagai wilayah & negara seperti Malaysia, Indonesia, India dan lain-lain.

3. Antara VIP yang hadir adalah:

i-Syeikhul Islam Thailand.

ii-Pengarah-pengarah Pusat Islam.

iii-Bekas Menteri Dalam Negeri Thailand.

iv-Tetamu diraja dari Aceh.

v-Gabenor wilayah Mukhdahan

vi-Imam-imam masjid dari pelbagai wilayah.

vii-Polis-polis dan tentera-tentera

viii-Ahli-ahli perniagaan.

ix-Artis-artis.

3. Syeikhul Islam / Cula tiba di majlis sekitar jam 8.00 pagi dan majlis terus bermula dengan disambut oleh persembahan nasyid dari Generasi Harapan Bangkok.

4. Antara tentatif program ialah Kuliah Kedamaian Antara Agama yang disampaikan oleh wakil Sheikhul Islam Thailand dan majlis perasmian oleh Syeikhul Islam.

5. YBhg. TCMA diberi penghormatan memberi cenderahati berupa produk GISBH & menerima cenderahati pula dari Syeikhul Islam sebagai salah seorang penaja majlis tersebut.

6. Rombongan seterusnya di bawa ke bilik VIP untuk menjamu selera bersama Syeikhul Islam.

Semoga dengan kehadiran GISBH di majlis bertaraf negara ini dapat merapatkan hubungan dengan pelbagai pihak khasnya pihak berkuasa agama dan masyarakat umat Islam setempat.

Perjalanan juga di manfaatkan dengan diadakan program XPDC dengan tema: Poligami Indah dari Tuhan

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *