Berita Sedih dari Madinah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Sahabat YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali di Madinah, Syeikh Sulaiman menceritakan bahawa baru-baru ini ada seorang yang beliau curigai masuk ke Muzium Madinah tempat dipamerkan sejarah lengkap baginda Nabi Muhammad SAW.

Sebagai CEO di situ, Syeikh Sulaiman bertanya untuk membenarkan naluri hatinya, “Adakah kamu orang Islam?”

Orang itu menjawab tanpa rasa bersalah, “Saya bukan Islam.” lalu menceritakan yang dia telah memasuki masjid Nabi SAW menunjukkan gambar-gambarnya di dalam Masjid, di Raudhah dan depan makam Nabi SAW.

Kata Syeikh Sulaiman menyambung cerita, “Bayangkan dan rasakan perasaan Nabi SAW yang melihat orang kafir sewenang-wenangnya memasuki masjidnya akibat sikap umat Islam yang hanya mementingkan keuntungan duniawi semata-mata. Sudah tentu baginda terlalu sangat sedih…”

Arab Saudi pada bulan September yang lalu membuka pintunya dengan visa pelancong dari 49 negara dalam pada ia cuba memperkembang sektor berkenaan seterusnya mempelbagaikan ekonominya selain daripada pengeksportan minyak.

Keputusan untuk mengeluarkan visa adalah usaha kerajaan Saudi untuk mewujudkan sejuta pekerjaan dan menerima 100 juta pelancong menjelang tahun 2030.

Antara ciri yang dilihat mengorbankan prinsip mereka selama ini ialah:

1. Wanita tidak perlu ditemani saudara lelaki selain daripada musim haji dan tidak perlu penaja (kafeel) seperti yang diperlukan untuk bekerja.

2. Arab Saudi juga membenarkan lelaki dan wanita berbangsa asing berkongsi bilik hotel tanpa membuktikan hubungan mahram bagi menarik pelancong.

3. Wanita termasuk rakyat tempatan juga dibenarkan menyewa bilik bersendirian

4. Pelancong dikecualikan daripada menutup aurat penuh dan serba hitam, sebaliknya hanya perlu memastikan berpakaian sopan.

Membuka peluang begini kepada orang kafir akan menarik pelbagai jenis manusia datang dengan pelbagai niat. Apa yang berlaku di Madinah ini contoh kesan negatif dari dasar ini dan akan berlaku 1001 macam kerosakan lagi.

Marilah kita doakan keselamatan untuk Islam, tanah sucinya, umatnya dan khususnya untuk keselamatan jasad Nabi Muhammad SAW dari kejahatan musuh-musuh Allah.

Otw Utara

9.01pm, Dis 5, 2019

Berita Sedih dari Madinah

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: