BMF Makin Rancak, Mufti Pahang Beri Mandat Buka Kiosk Di 600 Masjid – Pembela

Kongsikan kepada yang lain
Share

KUALA LUMPUR – Di sebalik kekurangan liputan media dan hebahan berkenaan Kempen Utamakan Produk Muslim atau Buy Muslim First (#BMF) di media massa, kempen itu hakikatnya kini berjalan rancak dalam kalangan masyarakat.

Ketua Prasarana Kempen Beli Produk Muslim Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Haji Mohd Nor Izzat Haji Mohd Johari berkata, perkara itu dapat dilihat apabila semakin banyak kedai-kedai muslim yang sudah sedia beroperasi melakukan perubahan bagi menarik minat pelanggan memberi produk keluaran mereka.

“Alhamdulillah, kempen #BMF semakin rancak dan mendapat liputan meluas sehingga ke akar umbi. Buktinya, semakin banyak kedai muslim sedia ada mula melakukan perubahan dalam menyediakan produk muslim atas permintaan pelanggan.

“Pelancaran kempen juga telah dilaksanakan ke semua negeri kecuali Terengganu dan Kelantan (akan dilaksanakan).

“Karnival BMF pula akan membuka tirai bermula di Temerloh, Pahang pada 16 hingga 19 Januari ini dan akan terus ke daerah-daerah negeri Pahang,” ujarnya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu, NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha melaksanakan kempen berkenaan.

Kempen berkenaan memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.

Selain itu, Nor Izzat berkata, kempen BMF juga giat dijalankan oleh Malakat Mall iaitu pasar raya 100 peratus produk muslim pertama di Malaysia yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat mandat dari Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bagi membangunkan Kiosk Muslim di 600 buah masjid di dalam negeri tersebut.

“Berkenaan Malakat Mall, saya difahamkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dan Coach Fadzil sebagai pengasasnya sedang berusaha bersama semua pasukan untuk memastikan kelancarannya,” katanya.

Kredit: seleksikini.online

AM: Mengusahakan produk-produk Islam yang diproses tepat mengikut tatacara Syariat Islam hukumnya Fardhu Kifayah. Ertinya kalau dibuat oleh sebahagian dari Umat Islam di area tertentu hingga boleh cover penggunaan Umat Islam di kawasan tersebut, gugurlah dosa semua orang mukallaf di kawasan itu.

Setelah dibuat, jika tak meluas maklumatnya menyebabkan ramai tak tahu keberadaannya di pasaran dan ia hanya akan terkenal jika dipromosikan dengan iklan atau viralkan maka hukum iklankan atau viralkan juga FARDHU KIFAYAH.

Tahniah kepada Sohibus Samahah Mufti Negeri Pahang Darul Makmur, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang mengizinkan agar dibangunkan Kiosk Muslim di 600 buah masjid di dalam negeri tersebut. Moga para Ashabus Samahah Para Mufti di semua negeri di Malaysia juga membuat perkara yang sama agar kempen BMF ini terus berjalan dan semakin rancak di segenap lapisan masyarakat umat Islam di tanah air tercinta ini.

#BMF

C Town, Amman

5.04pm, Jan 10, 2020

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: