Panduan Umrah di Musim Covid

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sila klik untuk lebih menghayati suasana kami menunaikan umrah. Jangan lupa untuk subscribe, like, komen dan share. Ajak ramai-ramai lagi join AM Channel ni. Supaya kita dapat kongsikan perkembangan perjuangan menjadikan Islam sebagai cara hidup di seluruh dunia. Cadangan AM, kalau ada iklan tak payah skip kecuali kalau melanggar syarak. Support AM.

Panduan Umrah di Musim Covid

Salam ceria.

Apa khabar semua? Moga sihat sentiasa, lebih-lebih lagi dah boleh rentas negeri ni. Lama duduk di rumah tak ke mana, ini la peluang nak keluar. Moga Allah luaskan rezeki para pembaca AM semua untuk lapangkan fikiran, keluar jenguk mana-mana tempat yang sesuai. Orang Muo, paling tak, pegi la Restoran Ikhwan Delight di https://g.co/kgs/zMF1t8, jamu-jamu selera di sana.

Nak ke Saudi ni pun bukan mudah lebih-lebih lagi, sebelum ni kerajaan tidak keluarkan MTP (Mytravel pass) jadi ramai yang tak boleh keluar, tak boleh travel, walaupun sebahagian mereka dah ada visa Saudi terpaksa duduk kat Malaysia sampai ada yang mengatakan GISBH ada kabel besar, sebab tu boleh ke Saudi. Sedangkan team GISBH yang berada di Saudi guna cara biasa je. 

Secara lahir, sebabnya GISB memang mempunyai syarikat di Saudi. So, syarikat GISBH di Saudi membuat undangan untuk staf GISB di Malaysia di (peringkat manager ke atas sahaja) untuk datang ke Saudi atas urusan perniagaan menggunakan visa bisnes. Alhamdulillah tak ada masalah. 

Jadi saya sampai di sini pada 13hb April 2021 bertepatan dengan 1 Ramadan 1442 bersama rombongan YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali. Sejak saya sampai ke sini hingga sekarang, saya baru tunaikan umrah sebanyak dua kali sahaja.

Terkini saya tunaikan umrah bersama YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH dan Tuan Hasnan serta Kak Picah. 

Buat umrah di musim COVID ini tak ada beza dengan musim lain dari sudut syarat, rukun, sah batalnya, juga wajibnya. Semua sama je.  Yang ada perbezaan ialah dari sudut prosedur kesihatan itu saja. 

Tapi jenuh juga sebab tak biasa. Antara yang berbeza ialah setiap orang yang hendak mengerjakan umrah mesti telah selesai vaksin dua dos dengan vaksin yang diiktiraf di Saudi. Itu  yang penting sekali.

Kemudian pastikan telah install dua aplikasi di hp masing-masing iaitu ‘Tawakkalna’  dan ‘Eatmarna’ 

‘Tawakkalna’ itu macam MySejahtera di Malaysia. ‘Eatmarna’ itu khas untuk buat umrah seperti memohon permit umrah dan ziarah Raudhah dan makam Nabi. 

Jadi, nak buat umrah ni kena ada permit dalam bahasa Arab dipanggil Tasrih ertinya kebenaran izin. Setelah install dua aplikasi tadi isikan maklumat yang diperlukan lepas tu boleh memohon tarikh untuk mengerjakan umrah dan masanya.

Setelah selesai, kita buat persiapan untuk menunaikan umrah sesuai dengan tarikh dan masa yang kita perolehi contohnya kami tinggal di villa GISB Mekah di tanah haram untuk niat umrah kena pergi ke tanah halal jadi kami pergi ke Tan’im setelah lengkap berkain ihram. 

Sampai di Tan’im, kami niat: نويت العمرة وأحرمت بها لله تعالى

Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. 

Kenudian kami patah balik menuju Masjidil Haram sambil bertaulbiyah hingga sampai ke terowong bawah dataran Masjidil Haram. 

Kami turun dari kenderaan dan menurunkan wheelchair. Di sini terdapat satu chek point. Kira chek point yang pertama la. Seorang tentera memeriksa hp kami seorang demi seorang untuk memastikan telah sempurna di vaksin dan mempunyai permit umrah.

Setelah selesai, kami menuju ke arah eskalator untuk naik ke Dataran Masjidil Haram tetapi malangnya eskalator pula rosak lalu menapakkah kami menaiki tangga. 

Naik sahaja ke Dataran Masjidil Haram tak jauh dari tangga ada satu lagi Chek Point untuk periksa dipastikan satu persatu telah selesai vaksin 2 dos. Juga dipastikan telah mendapat permit umrah seperti yang pertama tadi dengan 2 orang tentera.

Selepas itu bergerak ke depan sedikit ada satu lagi pemeriksaan begitu juga di pintu Masjidil Haram, ada lagi orang yang chek. Tapi 2 yang akhir ini agak longgar. Di muka pintu, yang chek di bawah badan agama yang memakai jubah.

Nampaknya soal ibadah yang sangat berperanan menyatukan umat Islam kalau dimanfaatkan sungguh-sungguh telah kita sia-siakan selama ini hingga Allah tarik nikmat ini malah Allah jadikan ia disusah-susahkan hingga begini sekali. Walhal nak masuk banyak tempat lain banyak dimudahkan. 

Setelah masuk, kami menuju ke arah dataran Tawaf di Kaabah tetapi sebelum itu kami menuju ke tong air zam-zam untuk meminum air yang sangat berkat ini. Minum air zam-zam ini sunnahnya berdiri dan mengadap kiblat serta berniat apa-apa hajat kita sebelum minum.

Setelah minum air Zam-Zam kami terus ke dataran tawaf. Bergabung dengan jemaah yang sedang bertawaf menuju ke sudut Hajarul Aswad untuk memasang niat tawaf. Bagi yang berWheelchair kami dibenarkan masuk ke kawasan yang lebih dekat dengan Kaabah yang dikhususkan untuk mereka yang kurang sihat khasnya yang berkerusi roda dan bertongkat. Jaraknya semakin dekat. 7 pusingan terasa sebentar sahaja. Lebih-lebih lagi, jemaah tak ramai. Tak bersesak-sesak.

Setelah tawaf kami menuju ke ruangan berpagar di belakang Maqam Ibrahim untuk bersembahyang sunat dan berdoa. Terima kasih Allah kerana izinkan kami tawaf mengelilingi rumahMu yang mulia. Ampunkan dosa-dosaku, jangan bertindak ke atasku. Akukan hambaMu Tuhan. Ampun dosa ibu bapaku. Kasihani mereka seperti mereka mengasihi aku ketika kecilku. Ampunkan dosa semua mereka yang pernah berjasa kepadaku. Ampunkan dosa semua mereka yang pernah aku zalimi. Kabulkan doa seluruh pemimpin GISBH, tunaikan seluruh hajat mereka. Cukupkan segala keperluan kami untuk membela agamaMu.

Setelah itu kami bergambar dan sambung rukun seterusnya iaitu bersaie di antara Sofa dan Marwa. Saie bermula di jabal Sofa. Di situ kami mengambil motor untuk bersaie. Kelihatan jemaah yang bersaie semakin ramai dibanding ketika saya mengerjakan umrah bulan 5 yang lalu. 

Selesai Saie, kami menuju jalan keluar melalui pintu di tepi bukit Sofa. Walaupun habis Saie di bukit Marwa tapi kami perlu pulangkan motor dan ambil kerusi roda dekat kawasan Sofa, oleh itu kami keluar di pintu tersebut. Elok keluar dari pintu terdapat tong sampah untuk para jemaah gunting rambut bertahallul. 

Alhamdulillah selesai sudah ibadah umrah kami. Moga apa yang diceritakan serba sedikit membantu memberi gambaran bagaimana kami melaksanakan umrah di musim covid ini. Ampun maaf daripada saya atas segala kekurangan.

Otw ke Mekah dari Madinah

11.02am, Okt 13, 2021

#HadUmurUmrah18-60

  • cara tunaikan umrah (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: