Kerjasama GISBH dengan APM

Kongsikan kepada yang lain
Share
YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten bersama Pengarah APM Wilayah

Bagi Angkatan Pertahanan Awam,

Cidert Ohsem dan GISBH bukan satu entiti yang asing lagi kerana berbagai kerjasama dua hala telah diadakan bersama keduanya. YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH sendiri merupakan pegawai bersekutu APM dengan pangkat Kolonel.

Bersama Pegawai khas agama TPM Tuan Zamri Zainal Abidin

Alhamdulillah dengam izin Allah pada 13hb Januari 2020 bertempat di Ikhwan Delight Putrajaya sekali lagi Team RPU dengan Unit Lidah Remaja berpeluang bersama YH Dato’ Lokman Hakim terlibat dengan satu mesyuarat bersama APM yang diketuai oleh Tuan Junaidi, Pengarah APM Putrajaya, Dato Fyzal Fuzi, Komanden Cider Ohsem dan pegawai APM yang lainnya.

Mesyuarat APM Putrajaya di Ikhwan Delights Putrajaya

Perbincangan meliputi penyusunan taqwim 2020 APM Putrajaya. Pihak APM ingin membuka peluang kepada GISBH ataupun RPU untuk terlibat dengan latihan-latihan yang disediakan oleh pihak APM seperti latihan pengendalian ambulans, pertolongan cemas, latihan komunikasi dan lain-lain.

Pihak APM juga akan membantu GISBH untuk meletakkan radio untuk komunikasi di dalam ambulans GISBH.

Selain itu Pihak Cidert ohsem juga ingin mengambil perkhidmatan Global Ikhwan Travel and Tours (GITT) bagi menguruskan ziarah umrah APM yang akan disusun pada tahun ini.

Setelah selesai pertemuan di Ikhwan Delight, Dato Fyzal Fuzi telah menyusun untunk YH Dato’ Lokman Hakim bersama Pengarah APM Wilayah, Tuan Ghazali dan Tuan Junaidi serta wakil RPU untuk ke pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk berjumpa Tuan Ustaz Zamri Zainal Abidin Pegawai Khas Agama bagi Timbalan Perdana Menteri yang mana beliau juga akan pegawai khas agama bagi timbalan perdana menteri yg mana beliau juga di lantik sebagai Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam.

Begitulah susunan Allah bilamana penglibatan GISBH di dalam APM rupanya telah menambahkan lagi rangkaian kenalan GISBH dengan bermacam golongan.

Selain itu, Dato Fyzal Fuzi yang telah pun pergi ke banyak tempat-tempat GISBH di dalam dan luar negara sangat hendak memastikan GISBH benar-benar di pandang besar oleh semua golongan.

Terkini Dato Fyzal sangat memuji para remaja di Turki seperti En Suhail yang sangat tidak kekok dalam melayani para tetamu yang mana Dato Fyzal dan isteri baru sahaja pulang dari melancong ke London, Paris, Istanbul dan Dubai.

Semoga jalinan kerjasama ini akan melebar luas lagi Rangkaian kenalan GISBH bersama masyarakat agar dapat menjadi sebaik-baik manusia, manusia yang paling banyak berkhidmat kepada orang lain seperti yang dipandu dalam hadis.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *