RPU Turki Menyantuni anak-anak Pelarian Syria di Istanbul

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sila klik gambar

Salam ceria.

Semalam team RPU Turki seperti setiap hari Jumaat saban minggu pergi mengagihkan ‘Box Jumaat Berkat’ kepada pelarian Syria di sekitar Syria. Oleh kerana kenderaan terhad mereka terpaksa pergi selepas solat Jumaat. Ia agak lambat dibanding minggu-minggu sebelum ini. Apa hikmahnya?

Rupanya hikmahnya dapat bertemu anak-anak yang masih bersih jiwanya menunggu kedatangan mereka (RPU). Selalunya ketika mengagih makanan, anak-anak ini masih belum pulang dari sekolah. Kali ini terlambat, dapat jumpa mereka. Sampai-sampai terus naik van ramai-ramai. Takkan nak halang, walaupun bukan dalam program jalan-jalan. Allah cerdikkan para RPU untuk meraikan mereka, menyantuni mereka dengan bawa ronda-ronda dengan kenderaan.

Alhamdulillah, itupun sudah cukup menggembirakan mereka. Bila disuruh bernasyid, mereka menasyid. Bila diajak berterima kasih kepada pemimpin, mereka ikut. Anak-anak mudah dilentur. Mudah-mudahan boleh dididik untuk kenal Allah, Rasul dan mengamalkan Syariat Islam sejak kecil begini.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dan menyertai program Box Jumaat Berkat di Turki ini, boleh baca butiran di bawah:

Assalamu Alaikum Wrt Wbt.

Mengambil keberkatan dan kebesaran hari Jumaat, Restoran Nur Muhammad Istanbul, RPU dan MALFA (MALAYSIAN FRENDSHIP ASSOCIATION) tetap meneruskan aktiviti mengagih-agihkan ‘Box Berkat Jumaat’ kepada mereka yang memerlukan di Istanbul khususnya kepada pelarian Syria.

Melihat sendiri kesusahan dan kesengsaraan mereka yang berada di Istanbul ini, memanggil kami untuk mengambil inisiatif membantu dengan menyediakan makanan , Usaha bersama Restoran Nur Malaysia Istanbul . Makanan-makanan ini dibungkus dalam kotak untuk diagihkan kepada mereka pada setiap hari Jumaat.

Selain itu, , mereka amat memerlukan pakaian, selimut dan heater (pemanas) dalam menghadapi musim sejuk yang mengigit tulang.

GISBH menjadi penyumbang tetap& utama dalam menjayakan program ini. dan beberapa kenalan rapat. Di sini kami ingin mempelawa dan mengajak Tuan/Puan, Saudara/i sama-sama mengambil saham untuk menggembirakan saudara seagama kita yang sedang dalam kesusahan. Tiada had nilai sumbangan yang hendak diberi tetapi untuk memudahkan semua kami senaraikan di bawah:

1. 10 box: RM150

2. 20 box: RM300

3. 30 box: RM450

4. 40 box: RM600

5. 50 box: RM750

6. 1 helai Selimut: RM20

7. Sebuah Heater: RM200

Boleh niatkan utk kesembuhan

✅ Niatkan utk di tambah rezeki

✅ Niatkan utk mak/ayah/anak2

✅ Niatkan utk kesejahteraan keluarga

✅ Yg Utama, niatkan Allah merahmati hidup kita dunia dan akhirat. 🤲

Sumbangan boleh dibank in ke Akaun Pertubuhan MALFA : MALEZYA DOSTLUK DERNEGI

BANK : ALBARAKA (BANK TURKI)

NO ACC/IBAN :

TR32 0020 3000 0802 9510 0000 01

BANK MALAYSIA

Sila sertakan resit dan niat (juga sebarang pertanyaan) ke:

En FIDA

+60182782759 (WhatsApp)

+905312465532(WhatsApp)

En DARDAK

+905070882854

Tanpa perlu ke Turki anda boleh membantu meringankan penderitaan mereka. Lebih-lebih lagi pada hari Jumaat yang mulia. Ibnu Qayyim berkata: “Bersedekah pada hari itu lebih utama daripada bersedekah pada enam hari lainnya seumpama sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.”

———————————————————————————–

Bagi yang ingin menyertai RPU di Jordan, untuk sama-sama menjayakan dan memperoleh keberkatan, boleh dapatkan info di bawah:

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: