TETAMU DARI PENNSYLVANIA, USA di RESTORAN NUR MUHAMMAD ISTANBUL

Kongsikan kepada yang lain
Share
Klik gambar untuk video

Di antara ramai-ramai pengunjung Restoran Nur Muhammad Istanbul semalam ada sebuah keluarga orang putih. Ketika En Hamdi membawa Uqbah, anak En Idris dari atas turun ke tingkat bawah, mereka intai-intai tengok dan cuba hendak bermain-main dengan Uqbah.

En Hamdi mengambil peluang bertanya kepada mereka bagaimana tentang makanan. Mereka jawab,

Ok good.”

Tetamu lelaki bernama Rick, makan nasi ayam pedas, isterinya Marybeth pula makan sate dan anaknya Matt (berumur 21 tahun) makan mi kuah. Semua mereka tunjuk respon 👍(thumb up).

En Hamdi kata, sebab biasanya foreigner dari barat tak suka masakan pedas. Dia kata mereka dari Pennsylvania, berdekatan Washington. Di sana ada makanan spicy. Dia kata, dah puas makan makanan Turki, tastenya lebih kurang sama.

Mereka kata, sangat seronok bercuti di Istanbul.

It’s a nice place!” katanya. Dia hanya datang bercuti beberapa hari sebelum pulang semula ke Amerika.

Bila ditanya samada pernah datang ke Malaysia, dia menjawab belum pernah lagi. Tiada sesuatu yang benar-benar membuatkan dia hendak ke sana, katanya. Dia bertanya samada Uqbah tu anak En Hamdi? En Hamdi memberitahu, bahawa ia adalah anak kawan. Orang Perancis, staf syarikat yang sama. En Hamdi menyambung cerita tentang GISBH ada di 16 buah negara dan kelihatan sangat teruja dan gembira mendengarnya.

Dia bertanya status En Hamdi samada telah berkahwin atau belum? En Hamdi menjawab,

“Sudah dan ada 5 orang anak.”

Isterinya terus respon,

“You’re lucky man.” Sebab anak mereka hanya Matt seorang sahaja.

Apabila ditunjukkan gambar para ALP GISBH dalam frame dan menceritakan bahawa semua ALP berpoligami dengan 4 isteri dan kebanyakkannya mempunyai anak melebihi 20 orang, dia sangat terkejut. Suaminya terus cakap,

Ok now I have a reason to go to Malaysia.” Dia hendak melihat sendiri bagaimana. Marybeth hanya mampu membulatkan mata melihat suaminya Rick.

Sebelum mereka beredar atas panduan En Fida, Setiausaha GISBH Zon Turki untuk buat sedikit temu ramah dan dia minta anaknya Matt yang di temu ramah. En Hamdi memberitahu bahawa En Fida berumur 30 tahun dan mempunyai 2 orang isteri. En Fida pula beritahu ayahnya mempunyai 4 orang isteri. Ketika itu mereka bertambah terkejut apatah lagi bila mendengar En Fida’ sendiri memberitahu,

“Kami semua satu keluarga tinggal serumah.”

Alhamdulillah atas panduan berterusan dari para kepimpinan GISBH, khususnya YBhg Tuan Nasiruddin agar tetamu yang datang diraikan sungguh-sungguh walau siapapun mereka, (walaupun mereka bukan Islam) akhirnya mereka yang berasal dari Amerika Syarikat yang sebahagian besar rakyatnya terkenal dengan Islamophobia, kelihatan begitu terkesan melihat semua staf-staf lelaki NM Istanbul meraikan mereka. Berbual-bual dalam suasana penuh kasih sayang, tanpa prejudis.

Sebelum bersurai staf-staf NM Istanbul sempat bergambar bersama, bertukar nombor telefon dan mereka beritahu yang mereka akan ke Malaysia untuk percutian akan datang. Moga mereka semua beroleh hidayah suatu hari nanti.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: