PH Melaka sahkan tidak lagi kuasai DUN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi beliau peluang untuk memimpin negeri itu.

“Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua. Didoakan semua dirahmati Ilahi,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Bercakap kepada Malaysiakini, Exco Melaka Tey Kok Kiew mengesahkan Pakatan Harapan (PH) yang dimenerajui kerajaan negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“(Bersatu) telah keluar daripada PH dan kami tidak mempunyai jumlah mencukupi,” kata pengerusi DAP Melaka itu.

Beliau berkata Adly masih belum bertemu Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob berikutan senario politik terkini selepas Bersatu keluar daripada PH.

“Dia (Yang di-Pertua) masih belum panggil (Adly). (Kami sedang menunggu) mereka yang menguasai majoriti untuk bertemu Yang di-Pertua Negeri,” katanya.

Sehingga kini, beliau berkata Adly belum secara rasmi digugurkan atau meletakkan jawatan tetapi berkata kerajaan negeri yang diterajui PH hampir tumbang.

PH pada asalnya memiliki 15 kerusi daripada 28 kerusi DUN. 

Tay berkata pihak lawan menguasai 16 kerusi pada masa ini berbanding PH yang hanya mempunyai 12 kerusi DUN.

Seorang pembantu Adly juga mengesahkan bahawa PH tidak lagi mendapat majoriti mudah dalam DUN.

Kredit: Malaysiakini

AM: Bercerita tentang politik Melaka ni, semua orang rasanya tidak lupa dialog,

“Siapa YB?!! Awak YB ke saya YB?!!”

Jawatan YB masih tetap moga sikap berubah bak kata kawan-kawan, dari ‘Yang Berlagak’ kepada ‘Yang Berhemah’

Mari kita baca sedikit ayat Al-Quran di bulan Rejab yang mulia ini:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Aal-Imran: 26

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: