AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

‘Bersabarlah, biar saya laksanakan tanggungjawab’ – Agong

Kongsikan kepada yang lain
Share
SERI Paduka Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyampaikan makanan kepada wakil media di perkarangan pintu masuk pintu 2 Istana Negara berikutan dipercayai Ahli Parlimen akan mengadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara, Jalan Duta.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada baginda melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua negara.

Hadir sendiri bagi menyantuni dan menyampaikan bungkusan makanan segera McDonald’s kepada kumpulan petugas media yang ‘berkampung’ di luar pintu 2 Istana Negara tengah hari tadi, Al-Sultan Abdullah bertitah ringkas dalam bahasa Inggeris:

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyampaikan makanan kepada wakil media di perkarangan pintu masuk pintu 2 Istana Negara.

“We are very concerned. Be patient. Let me do my duty. I hope to find the best solution for the country.” (Kita amat prihatin. Bersabarlah, biar saya laksanakan tanggungjawab. Saya berharap dapat mencari jalan penyelesaian terbaik demi negara).

Tampil berkemeja biru dan bertali leher, baginda kelihatan cerita dan mengambil berat keadaan petugas media yang membuat liputan suasana perkembangan mutakhir politik serta pentadbiran semasa negara.

Apa yang pasti, sumbangan makanan itu melegakan petugas media yang berada di situ sejak awal pagi tadi.

Semalam, baginda turut meminta pegawai Istana Negara menghantar makanan segera KFC kepada petugas media.

AM:

Inilah masanya DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berperanan. Rasanya masa untuk berpolitik telah berakhir. Allah janjikan kemenangan untuk Umat Islam di akhir zaman. Ia bukan berlaku di Malaysia sahaja, bahkan ke seluruh dunia. Kemenangan ini bukan seperti yang kita fikirkan sebab itu kita langsung tak boleh baca apa yang akan berlaku bahkan apa yang sedang berlaku. Kita berdoalah sungguh-sungguh agar Allah segerakan kemenangan yang dijanjikan. Tak mampu kita lihat Umat Islam di zalimi di mana-mana.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *