AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Ke Felda Maokil Kita

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Pagi anjang di Melaka. Ada temuduga tauliah mengajar agama Negeri Melaka. 3 orang panel. Bahagian Al-Quran, Fekah dan Tauhid & Tasawuf. Biarlah soalan dan jawapannya menjadi rahsia kecuali bagi sesiapa yang perlu sahaja.

Petang anjang menuju ke Selatan. Nak ziarah kawan di Felda Maokil. Tumpang Tuan Hj Salleh. Dia balik rumah maknya di Labis. Sempat lalu Sawah Ring dan lihat padi yang sedang menghijau. Teruskan perjalanan ke Labis. Lalu Bukit Kepong. Lihat sendiri sungai yang suatu masa dahulu direnangi oleh Polis kita ketika menentang Komunis. Sedih anak-anak generasi kita tidak tahu sejarah tanah air.

Singgah sekolah yang sedang disiapkan di Labis. Jumpa Tengku Muflih dan Syafie Ismail juga Pak Wahid.

Ketika bersalaman, sempat bertanya nama bapa masing-masing. Anak siapa? Cikgu Hatta. Enta anak siapa? Anak Rosli. Anak siapa? Anak Tuan Nik. Mak yang mana? Mak kedua. Anak siapa? Anak En Dasrul. Manis senyumannya walaupun ada kecacatan di kakinya. Anjang beri dia pegang Hp sementara anjang masuk tandas. Untuk dia dan kawan-kawan tengok gambar anjang di Dubai. Anak siapa? En Zali Dubai. Dah besar dah. Anak siapa? En Mustafa. Anak siapa? Cik Ros Batu Pahat. Alhamdulillah generasi ini kembali dididik jauh dari kesibukan kota yang tidak membantu fokus, tumpuan atau tarkiz dalam pendidikan. Moga dapat takut Tuhan rindu Nabi.

Pastu teruskan perjalanan ke rumah bonda Tuan Hj Salleh dan teruskan perjalanan ke Felda Maokil. Tanya Tuan Salleh, sebab apa nama Maokil. Sebab ada Gunung Maokil. Katanya nama orang Asli.

Keluar dari Kampung Usaha Jaya, belok kanan ke Felda Maokil. Dalam, masuk ke dalam lagi. Tapi dah siap minta location dari Abu Raziq. Alhamdulillah tak sampai 15 minit dah sampai.

Alhamdulillah rezeki kami, warong baru buka. Abu Raziq sedang sibuk. Order air susu halia dan menu baru, sup gear box dan sup ekor. Sempat berbual dengan Pak Cik Hamdan, Ketua Blok 9 juga ayah mentua Abu Raziq. Macam-macam yang dibualkan. Orangnya mesra dan ringan tulang membantu anak-anak buahnya di blok. Badan pun slim tapi satu kelab dengan anjang. Kelab Diabetik. Pandai memasak.

Warong Pak Cik Hamdan ni dah berkhidmat lebih 30 tahun. Tempat ‘Ngeteh’ anak-anak muda Felda yang merantau apabila pulang menziarahi kampung. Orang kampung pun dah pandai order delivery guna Whatsup. Canggih gitu.

Sup Gear Box siap dengan straw. Bila makan panas-panas dengan nasi putih dan sambal, pergh, kata orang, bapak mentua lalu belakang pun tak nampak. Lalu belakangggg memang la. Sup ekor dia pun ok. Teringat makan sup di Restoran Mamak kat Ipoh. Supnya agak pekat dengan rempah ratus…

Anjang bukan tak nak tambah, baru je pekena Asam Pedas di Villa GISBH Melaka. Perut masih kenyang. Saja nak jumpa Abu Raziq dan familynya belah isteri di sini.

Lepas makan dan berbual-bual kami beransur. Moga Allah rezekikan datang lagi sebelum kembali ke Jordan. Nak beli dodol sikit bawa balik. Kalau ada.

Moga terubat rindu bertemu kawan lama. Dulu bertemu di Istanbul dan pernah juga di BCH dan GIIBF. Selain itu di media sosial je. Moga keluarga Abu Raziq diberkati.

Surau Madrasah Labis

1.00AM, Mac 4, 2020

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *