GISBH pengedar kurma Mofaz

Kongsikan kepada yang lain
Share
Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH Sdn Bhd menandatangani surat perjanjian sebagai pengedar kurma Mofaz.

KUALA LUMPUR: Mofaz Dagang Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Mofaz, menyasarkan jualan kurma Algeria di Malaysia mencecah RM50 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

PELBAGAI produk kurma Algeria yang akan dibekalkan oleh Mofaz Dagang Sdn Bhd – Foto BERNAMA

Presiden Kumpulan Mofaz, Mohamed Fauzy Abdul Hamid, berkata kurma yang dihantar menggunakan kapal dari Tolgr dan Niner di Algeria, telah ditanam oleh unit milik penuh kumpulan itu, Mofaz Sarl Bardjamana (Mofaz Algeria).

Menurutnya, kurma terbabit akan diedar di seluruh negara oleh tiga rakan borongnya, GISB Holdings Sdn Bhd, Abo Haeba Integrated Sdn Bhd dan Indahraya International Ventures Sdn Bhd.

“Kami telah menceburi perniagaan ini sejak lima tahun lalu. Setakat ini menerusi pembabitan dengan rakan niaga yang berpengalaman, kami mahu memberi yang terbaik (kepada pasaran).

“Kami turut menanam sendiri kurma ini dan kualitinya berbeza sedikit daripada apa yang ada di pasaran, sekali gus membolehkan tawaran harga paling kompetitif berbanding lain (yang dikendalikan oleh perniagaan lain),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan rakannya di sini, hari ini.

Mohamed Fauzy berkata, Mofaz Algeria juga berhasrat mengeksport produk itu ke pasaran lain seperti Rusia, Turki, ASEAN dan Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, Russia, Tajikistan dan Uzbekistan.

Beliau turut menyifatkan komoditi itu berpotensi besar dari segi eksport berikutan peningkatan permintaan ketika tempoh Ramadan serta kesedaran tinggi pengguna terhadap khasiat kurma.

Atas alasan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran lebih banyak rakan niaga tempatan dan luar negara yang berpotensi, khususnya menjelang kehadiran musim kemuncak ini.

Algeria adalah pengeluar kurma ketujuh terbesar di dunia menerusi penanaman 18 juta pokok yang menghasilkan sejumlah 500,000 tan setahun.

-BERNAMA

𝗗𝗘𝗚𝗟𝗘𝗧 𝗡𝗢𝗨𝗥

𝗞𝘂𝗿𝗺𝗮 𝗔𝗹𝗴𝗲𝗿𝗶𝗮 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗕𝗶𝗷𝗶

Dibungkus & Diedarkan oleh

IKHWAN INDUSTRY

7G Jalan Desa 9/6,

Bandar Country Homes,

48000 Rawang,

Selangor

Telefon

+603-6733 8494

+6016-712 5089

Berat 400 gram

Harga RM12.00

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: