10 SOALAN MENGENAI CORONAVIRUS DAN COVID-19

Kongsikan kepada yang lain
Share

Saya (Norizan Sharif) telah menyediakan 10 Q&A berkaitan Coronavirus dan COVID-19 dalam Bahasa Malaysia. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

1. Apakah beza antara coronavirus dan COVID-19?

Coronavirus ialah sekumpulan virus yang boleh menyebabkan masalah pernafasan.

COVID-19 ialah satu penyakit baru yang disebabkan oleh coronavirus yang sebelum ini tidak diketahui ada pada manusia.

Rujuk: WHO

2. Apakah maksud ”novel coronavirus”?

Novel bermaksud baru. Novel coronavirus bermaksud coronavirus yang baru ditemui atau tidak diketahui oleh pakar-pakar kesihatan sebelum ini.

3. Bagaimanakah COVID-19 berjangkit?

COVID-19 berjangkit melalui titisan (droplets). Sebagai contoh, apabila pesakit bersin, dia sebarkan titisan kepada orang di sekelilingnya. Sebab itulah kita perlu lakukan “social distancing.” COVID-19 tidak tersebar melalui udara.

4. Apakah tanda-tanda COVID-19?

Antara tanda-tanda itu ialah selsema, demam dan sukar bernafas. Sekiranya ada tanda-tanda ini, elok berjumpa doktor. Bukan semua tanda-tanda ini menunjukkan kita ada COVID-19. Biar doktor buat siasatan dan tentukan.

5. Bagaimana nak elakkan COVID-19 merebak?

Ambil langkah berikut.

+ berada jauh dengan orang (social distancing).

+ apabila bersin, tutup dengan tisu. Buang tisu ke dalam tong sampah.

+ sentiasa basuh tangan gunakan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.

+ elakkan tempat keramaian.

+ elakkan sentuh orang lain (contoh: bersalaman)

+ elakkan sentuh muka, hidung dan mata.

+ sekiranya sakit, duduk di rumah.

+ berjumpa doktor apabila sakit.

Tangguhkan dulu majlis keramaian seperti perhimpunan politik, acara sukan atau kenduri kahwin besar-besaran.

6. Apakah maksud social distancing?

Dalam bahasa mudah, duduk jauh dari orang lain – sekurang-kurangnya dua meter (6 kaki). Elakkanlah bertempat bersesak-sesak dan ramai orang.

7. Adakah bawang putih boleh ubati COVID-19?

Bawang putih yang digunakan untuk masak singgang ikan bawal memang sedap dimakan.

Bagaimana pun sehingga kini belum ada kajian sainstifik yang secara konklusif merumuskan bawang putih boleh ubati COVID-19.

8. Adakah saya perlu guna hand sanitizer?

Menurut Center for Disease Control (CDC) basuh tangan dengan sabun selama 20 saat lebih berkesan daripada hand sanitizer.

Gunakan hand sanitizer apabila kita tak dapat gunakan air dan sabun.

9. Hand sanitizer bagaimanakah yang berkesan?

Center for Disease Control (CDC) sarankan guna hand sanitizer yang ada sekurang-kurangnya 60% kandungan alkohol untuk bunuh kuman.

10. Saya demam, selsema dan semput. Adakah ini bererti saya akan mati disebabkan COVID-19?

Bila kita nak mati, Allah swt tentukan. Ada orang tak ada sakit apa-apa pun mati. Ramai pesakit pulih seperti sedia kala. Sentiasa patuh nasihat pakar perubatan dan jaga kebersihan.

Ambil tahu mengenai coronavirus dan COVID-19. Seperti biasa, berjumpalah doktor apabila sakit. Dengar nasihat doktor. Usah panik. Buat seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan. Insya-Allah, kita semua selamat.

Kredit: Norizan Sharif@nobisha

DI MANALAH KEHEBATAN MANUSIA?

Allah lepaskan tentera-tenteranya yang paling halus,
Kuman namanya, bermacam-macam virus, berbagai-bagai speisis,
Manusia sudah tidak mampu melawannya,
Ditubuhkan berbagai pasukan tentera memeranginya,
Ada pasukan doktor, ada unit penyelidikan, ada unit pemakanan,
Mengguna bermacam-macam jenis alat-alat yang canggih,
Namun tentera-tentera seni ini belum pernah kalah,
Belum pernah berlaku genjatan senjata, 
Tidak pernah mengangkat tangan surrender,
Mereka terus menyerang dan menyerang,
Tidak kira tempat dan masa,
Setiap hari manusia mati dibunuhnya,
Merata dunia manusia sengsara dan derita diserangnya,
Entah beberapa banyak harta terkorban memeranginya,
Di manalah gagahnya manusia?
Di manalah kehebatan mereka?
Alangkah lemahnya manusia dengan kuman yang paling halus, 
tidak mampu memeranginya!
Mengapa manusia tidak mengambil iktibar?
Kenapa tidak dijadikan pengajaran?
Agar tunduk, khusyuk dan tawadhuk,
Hilang ego, sombong dan megah diri,
Moga-moga melutut di hadapan Tuhan!
Rukuk dan sujud kepada-Nya!
Tunduk dan patuh dengan syariat-Nya!
Mengucapkan zikir, tahmid dan tasbih pada-Nya!
Abu Adib


anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: