Tun Mahathir kuarantin diri di rumah

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tun Mahathir mengikuti langkah yang disaran kerajaan termasuk tidak bertemu sesiapa.

KUALA LUMPUR: : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikuarantin selepas berada dalam kontak dekat dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang disahkan positif COVID-19.

Menurut jurucakapnya, Dr. Mahathir kini sedang dikuarantin di rumahnya.

Memetik temu bual bersama sebuah program berita stesen televisyen swasta, Dr. Mahathir berkata, langkah mengasingkan diri atau kuarantin amat penting bagi menangani penyebaran COVID-19.

“Kita mesti melakukan kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari. Jika kita berbuat demikian, kita mengurangkan kemungkinan virus itu akan tersebar kepada orang lain,” kata Dr Mahathir.

 

Tambahnya, beliau mengikuti langkah yang disaran kerajaan termasuk tidak bertemu sesiapa.

“Jadi, sekarang saya berada di rumah sahaja. Saya tidak boleh keluar dan saya tidak dapat bertemu dengan orang lain, saya tidak boleh berjabat tangan, dan yang lain,” kata Dr Mahathir.

Beliau pada masa sama mengakui, ia tidaklah sukar umtuk mengikuti semua langkah terbabit.

Dr. Mahathir dipercayai mengambil gambar dengan  Dr Kelvin Yii, yang kini berada di bawah kuarantin di Hospital Umum Sarawak (SGH).

Dr Yii disahkan positif COVID-19 pada 17 Mac, selepas berkontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu, yang disahkan positif virus tersebut pada 2 Mac lalu.

ASTROAWANI

AM: Tun Mahathir tunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin dengan mengikut langkah yang disaran oleh kerajaan termasuk tidak bertemu sesiapa. Rasanya semua orang, walaupun tak bersetuju dengan Tun dari sudut politik dll sangat setuju dengan sikap Tun berkaitan kuarantin ini. Sepatutnya begitulah.

Malangnya ramai yang ingkar. Lebih malang, yang ingkar pula ramai yang telah berumur sedangkan mereka lebih berisiko dijangkiti. Lihatlah Tun, yang telah berumur tetapi patuh arahan bukan seperti sebahagian orang muda-muda lagi dah degil, yang tua boleh pula dengan selamba sebut kepada Polis yang bertugas, “Kalau nak kena, dalam rumah pun boleh kena.” Memang betul, kalau nak kena, kat mana pun boleh kena tapi tinggal di rumah selama 14 hari itu arahan, kalau tak nak ikut arahan, kenapa hidup bermasyarakat? Kenapa tak duduk di gua dalam hutan atau di pulau terpencil tengah laut ke? Bukan ke Allah yang minta taatkan pemimpin? Tak marah, geram je.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *