SEKITAR COVID-19 23.03.2020

Kongsikan kepada yang lain
Share

1. Setakat ini, 940 drpd 1,518 kes positif keseluruhan atau bersamaan 62% adalah kes kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Justeru, KKM menyeru jemaah tabligh yang belum melakukan saringan kesihatan, segera berbuat demikian.

Mereka akan disaring walaupun tiada simptom.

2. COVID-19: Petronas sumbang peralatan perubatan RM20 juta kepada hospital.

3.

#COVID-19

DEMI RAKYAT DAN NEGARA, SELURUH JIWA RAGA MEREKA PERTARUHKAN

Inilah wajah-wajah mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan.

Seperti kalian, mereka juga mempunyai anak, ibu, bapa, suami atau isteri yang setia menunggu kepulangan di rumah.

Namun dalam keadaan genting ini, rakyat dan negara menjadi keutamaan. Meskipun paling berisiko dijangkiti virus, tidak sedikitpun mereka mengeluh, apatah lagi mempersoalkan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Langkah pencegahan telah diambil dan selebihnya diserahkan kepada Sang Pencipta untuk berlindung. Misi mereka hanya satu – pecahkan rantaian dan hapuskan COVID-19 agar masyarakat dan negara dapat kembali aman dan sejahtera seperti biasa.

Apa pula yang kalian perlu lakukan?

Duduklah di dalam rumah dan amalkan kebersihan diri serta ahli keluarga. Itu sahaja pengorbanan anda yang mereka harapkan. Hanya itu sahaja!

Bantu dan berikanlah sepenuh kerjasama kepada para petugas barisan hadapan demi kesejahteraan kita semua. Bantulah mereka wahai rakyat

4.Statistik #COVIDー19 di seluruh dunia dikeluarkan WHO, 23 Mac 2020.

Kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 5,400 manakala Indonesia kadar kematian tertinggi 9.34%.

Di AS, berlaku peningkatan ketara kes dan kematian.

Di Malaysia, 14 kematian atau 0.91%.

5.

KENYATAAN MEDIA – COVID-19:

TIADA TREN ANTARA BANDAR, NEGERI

#KTMB #ETS #Komuter #Intercity #SkyparkLink #KTMKargo #KTMBprihatin

6.

#COVID-19

PIC OF THE DAY

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan Op COVID-19 di Sungai Buloh, Selangor berehat seketika bagi mengalas perut sebelum menyambung semula tugas sekatan jalan raya dan rondaan.

Biarpun hanya menjamah nasi bungkus, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat mereka untuk terus memastikan masyarakat patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan.

Usaha sama yang terjalin antara kedua-dua agensi menampakkan hasil positif di mana lebih 92% rakyat Malaysia kini mematuhi perintah tersebut.

Sumber: Ipd Sungai Buloh

#PolisDirajaMalaysia

#AngkatanTenteraMalaysia

#PDRM

#ATM

7.

Situasi 23 Mac 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 212 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 1,518 kes.

20 kes telah pulih menjadikan 159 pesakit telah pulih dan discaj.

123 daripada kes baru yang dilaporkan hari ini berkait kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

57 pesakit positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

4 kematian dicatatkan iaitu kes ke-1070, 1114, 1006 dan kes ke-595 menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 14 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID-19.

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

#RestrictedMovementOrder

#perintahkawalanpergerakan

#StayAtHome

8. https://twitter.com/PDRMsia/status/1242094194123931659?s=19

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: