Abu Jordan dan anak-anak di Restoran Nur Malaysia Amman

Kongsikan kepada yang lain
Share
Jordan, Abu Jordan dan Jessica

1. Abu Jordan dan anak-anaknya mendapat maklumat mengenai Restoran Nur Malaysia selepas anaknya melihat iklan Restoran Nur Malaysia di Facebook.

2. Abu Jordan tinggal di kawasan Duwar Sabi’ tidak jauh dari restoran ini tetapi baru sahaja mengetahui mengenainya. Beliau pernah belajar dan menetap di Birmingham, Britain hampir 30 tahun dan mengenali orang Malaysia di sana.

3. Beliau sangat kagum dan memuji watak orang Malaysia kerana berdisiplin. Allah jadikan yang paling Abu Jordan teruja ialah apabila masuk waktu Subuh, pelajar-pelajar Malaysia akan azan dalam rumah.

4. Begitulah apabila Allah kehendaki seseorang mendapat hidayah, diberi rasa suka dengan azan, manakala kalau Allah tidak mahukan seseorang, azan di Masjid pun akan jadikan ianya sebagai isu menganggu ketenteraman. Lebih malang jika yang membuat aduan atau yang protes dan memberi komen adalah dari kalangan orang Islam sendiri.

5. Alhamdulillah Abu Jordan order Mi Hong Kong, Nasi Goreng, Ayam Masak Lemak, Mi Goreng, kuih Popia dan Samosa. Kemudian beliau tambah order lagi Mi Goreng, nasi Goreng dan popia.

6. Abu Jordan memuji makanan yang dimakan sedap tapi servis lambat. Moga Allah bantu staf Restoran Nur Malaysia Amman untuk lebih tangkas dan cepat dalam menyiapkan order agar pelanggan tidak lama menunggu.

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: