MARI JADI ORANG BARU!

Kongsikan kepada yang lain
Share

MARI JADI ORANG BARU

Amir Amsyar bersekolah di SK Taman Seroja, masih sekolah rendah tapi positif covid-19. Ambulans datang, kena pergi seorang diri. Ibu bapa tak boleh teman. Dia terpaksa menerima rawatan seorang diri memandangkan bahayanya direct contact kepada mangsa.

Amir ikut ayahnya pergi kursus pengurusan jenazah. Allah takdirkan, seorang dari peserta kursus ada pergi itjima’ Tabligh. Oleh itu semua yang terlibat berkursus kena buat test di hospital. Adik Amir Amsyar didapati positif Covid-19.

Apakah kita berisiko?

Sebenarnya kita sentiasa berisiko bila wabak ini telah menjadi pandemik. Berhati-hati, berdisiplin dan sentiasa mengikut panduan yang dikeluarkan oleh KKM itulah yang mesti kita lakukan sekarang. Demi mengelakkan kita dari dijangkiti seperti kekal berada di rumah, sentiasa menjaga kebersihan, gunakan mask, pastikan jarak dll.

Yang paling utama kekalkan rasa takut dengan Allah dengan terus menerus bertaubat. Kata Saiyidina Abbas RA,

لم ينزل بلاء إلا بذنب،

ولم يكشف إلا بتوبة

Tidak diturunkan bala’ melainkan disebabkan dosa dan tidak akan disingkap/diangkat kecuali dengan taubat.

Allah sendiri berfirman,

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَاراً وَجَعَلْنَا الأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْناً آخَرِينَ” [الأنعام:6]،

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami BINASAKAN MEREKA dengan SEBAB DOSA MEREKA dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.

Kalau ada yang mengatakan kenapa ramai yang kena penyakit ini kelihatan orang-orang yang baik-baik malah ada di kalangan mereka adalah petugas-petugas Front Liners, kena ingatlah pesanan Rasulullah SAW,

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، إِذَا كَثُرَ الْخَبَثُ

Wahai Rasulullah, adakah kami akan dibinasakan sedangkan ada orang-orang soleh di kalangan kami. Nabi bersabda, Ya, jika banyaknya kekejian.

Ulama menafsirkan kathur Al khubuth itu sebagai berleluasanya kefasikan, maksiat, dosa-dosa besar seperti zina.

Dalam keadaan begitu, bila datang bala’ dari Allah, orang-orang baik pun akan kena. Oleh itu sesiapa pun jangan merasakan dirinya selamat. Lebih-lebih lagi kita sangat menyedari yang kita hanyalah hamba Allah yang berdosa. Banyak tanggung jawab sebagai anak, bapa, suami, isteri, pemimpin, murid, guru, penjawat awam, pekerja swasta terhadap diri, keluarga, masyarakat dan lain-lain yang tidak kita laksanakan dengan sebaiknya.

Hati kita pula masih mempunyai penyakit batin seperti sombong, riyak, ujub, sumah, cinta dunia, mengharapkan pujian, bakhil, tamak dan lain-lain penyakit hati yang Allah benci.

Maka apabila Allah tegur kita dengan wabak covid-19 ini, wajarlah kita kembali kepada Allah. Bertaubat kepada-Nya atas segala dosa-dosa kita. Moga Allah Taala berlemah lembut dengan kita semua lalu diampunkan kita dan diangkat waba’ ini dengan keadaan kita telah menjadi orang baru, iaitu hamba Allah yang sangat takutkan-Nya dengan melaksanakan seluruh perintah-Nya dan menjauhi seluruh larangan-Nya lahir dan batin.

Dewan Perdana Ikhwan Krubong, Melaka.

11.40 AM, Mac 25, 2020

P/s

Info MKN…

#COVIDー19 Taburan kes positif dan kematian mengikut negeri setakat jam 10am, 25 Mac 2020

Info MKN…

Seramai 8,954 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling telah disaring.

Daripada jumlah itu:

1. 986 atau 11% didapati positif

2. 5,245 didapati negatif

3. 2,704 masih ‘pending’

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *