WHO pilih Malaysia uji ubat Covid-19

Kongsikan kepada yang lain
Share

SHAH ALAM, 27 MAC: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memilih Malaysia untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan Remdesivir, iaitu ubat merawat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemilihan dibuat susulan keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam keupayaan klinikal.

“Antara sebab Malaysia dipilih ialah kita dikenal pasti sebagai negara yang mempunyai sistem kesihatan penyelidikan yang baik.

“Penyelidikan akan tertumpu di Hospital Sungai Buloh dan hospital yang mengendalikan pesakit Covid-19. KKM juga akan turut memantau kesan sampingan, kemujaraban ubat ini dan sebagainya,” katanya pada sidang media Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata butiran lanjut seperti tempoh kajian dan penyelidikan keberkesanan ubat Remdesivir akan dibincangkan dengan WHO malam ini.

“Malam ini kami akan buat perbincangan secepat mungkin dan kalau dapat ubat itu, kita akan terus laksanakan penyelidikan,” katanya.

Sebelum itu, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 26 orang dengan 130 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 2,161 kes.

-BERNAMA

AM: Negara ajaib. Apa Allah nak buat lagi pada Malaysia…

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *