Apabila Kemungkaran Berleluasa
Apabila semua golongan sudah terlibat dengan kemungkaran
Kemungkaran yang berbagai-bagai jenis banyak dilakukan
Semua golongan sudah terlibat dengan dosa
Kemurkaan Tuhan pun berlaku ke atas mereka
Apabila Allah murka, bala bencana pun diturunkan sebagai hukuman kepada manusia
Didatangkan orang-orang jahat membuat kacau-bilau
Seperti peperangan dan pembunuhan
Ditimpakan berbagai-bagai penyakit kronik yang menakutkan
Bencana alam pun dilakukan di mana-mana yang memusnahkan
Di waktu itu manusia hidup pun di dalam ketakutan
Keamanan dan ketenangan sudah tidak ada lagi di mana-mana
Hidup resah dan gelisah, jiwa sentiasa cemas
Huru-haralah kehidupan di mana-mana,
Dunia jadi neraka
Untuk menenangkan semula kehidupan di dunia ini,
Semua golongan kenalah membaiki diri
Jauhilah kemungkaran, jangan membuat dosa lagi
Untuk meredakan kemurkaan Tuhan kepada manusia,
Bertaubatlah banyak-banyak,
Membuat baiklah dengan segera
Berkasih sayanglah sesama manusia
Bermaaf-maafanlah satu sama lain dan bekerjasama
Agar rahmat Tuhan dicucuri semula kepada manusia,
Keamanan pun bermula
Selepas Zuhur
18.11.2002