COVID-19: APAKAH UK BOLEH BERTAHAN?

Kongsikan kepada yang lain
Share

11.3.2020

LONDON: Menteri Kesihatan Britain, Nadine Dorries disahkan positif COVID-19. Setiausaha Kesihatan berusia 62 tahun itu dikatakan jatuh sakit Jumaat lalu dan disahkan positif COVID-19 malam tadi. Akhbar The Times melaporkan, beliau kini menjalani perintah kuarantin dan berada dalam proses pemulihan.

25.3.2020

London: Putera Charles, anak sulung kepada Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19. Jurucakap rasmi berkata, Charles yang berusia 71 tahun itu menunjukkan simptom ringan dan berada dalam keadaan baik.

27.3.2020

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson disahkan positif COVID-19 sebentar tadi. Sehubungan itu, beliau mengumumkan akan meletakkan dirinya di bawah kuarantin.

5.4.2020

COVID-19: Perdana Menteri UK dimasukkan ke hospital

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dimasukkan ke hospital semalam bagi menjalani ujian lanjut berikutan semakin menunjukkan gejala berkaitan COVID-19.

Britain mempunyai 47,806 kes dan merekodkan 4,934 kematian termasuk menjangkiti pewaris takhta Britain, Putera Charles.

AM: Kalau Menteri Kesihatan dah kena, Pewaris takhta Britain dah kena, Perdana Menteri pun dah kena malah dah dikejarkan ke hospital, kalau peperangan biasa ni dah angkat bendera putih mengaku kalah. Bilakah masanya manusia akan surendder dengan kuasa Allah?!

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: